📈 3 Jenis eksperimen Facebook Ads yang membawa sales 7 angka.

Ketika ini, hanya 3 jenis eksperimen yang penting dan kritikal dalam Facebook Ads.

Ini bukti eksperimen daripada klien dan rakan-rakan kami sendiri.

Ada 3 jenis eksperimen yang penting:

1 – Eksperimen Campaign (a.k.a copywriting iklan).

2 – Eksperimen targetting.

3 – Eksperimen budget iklan.

.

📈 Contoh eksperimen campaign?

Kita lancarkan campaign FB Ads jenis Messenger.

Dalam kempen itu, ada 2 copywriting iklan berbeza.

Spend RM25 sehari untuk 1 iklan.

Maksudnya, kita spend RM50 untuk 2 iklan, dalam masa sehari.

Keputusan seterusnya bergantung pada ROI yang kita dapat dalam masa 48 jam, minimum.

.

📈 Contoh eksperimen targeting?

Selepas eksperimen iklan berjaya, masa untuk tambah baik targetting.

Boleh gunakan data pembeli kita sebagai baseline atau asas untuk improve retargeting.

Sebagai contoh, 2 pembeli dalam masa 48 jam adalah perempuan, berusia 25 – 35 tahun, dan duduk di kawasan Kuala Lumpur dan Pahang.

Maka targeting boleh dipecahkan kepada berikut:

Targetting 1 – Female only. Kuala Lumpur. 25 to 35 years old.

Targetting 2 – Female only. Pahang. 25 to 35 years old.

Targetting 3 – Kita boleh buat custom audience dan sebagainya. Saya tak nak sentuh bab teknikal sebab kurang mahir.

Ini contoh kasar.

Ada masa nanti, kita tunjukkan case study yang lebih spesifik bab targetting

.

📈 Contoh eksperimen budget iklan?

Ingat peraturan pertama ini:

“Not all advertising budget are created equal.”

Maksudnya?

1 – Kalau kita spend RM10 sehari dapat RM100, maka kita spend RM100 sehari akan dapat RM1,000 sales.

2 – Situasi di atas pernah berlaku. Tapi pada 5 ke 7 tahun lepas.

3 – Sekarang sistem algorithm FB Ads semakin bijak dan kompleks.

4 – Apabila kita naikkan budget iklan, kita juga sedang bereksperimen.

5 – Ada iklan yang budget RM10 sehari bagi ROI 5 kali ganda. Bila naikkan kepada RM100 sehari, ROI terus negatif.

6 – Apabila mahu naikkan budget iklan, penting untuk kita faham bahawa margin tak akan sama dengan budget sebelum ini.

7 – Semakin besar budget iklan kita, semakin kecil nombor peratus ROI kita. Tetapi keuntungan bersih berpotensi meningkat.

8 – Contohnya, percent ROI cuma 3%, tapi untungnya RM10,000.

9 – Risiko naikkan budget iklan ini juga tak ada sifir yang jelas. Yang paling penting adalah bagaimana kita kawal risiko.

Kawal risiko : Tahu bila kita patut ‘bunuh’ iklan itu sebelum ia merebak jadi kanser.

.

Ada lagi eksperimen lain. Seperti eksperimen landing page, skrip close sale dan sebagainya.

Nanti kita kongsikan lebih banyak case study.

.

Belajar sesuatu?

Silakan SHARE.

shell download shell indir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *