3 Cara yang bakal buatkan jualan bisnes anda “Huru hara.”

Selalunya, pelanggan baru sukar lakukan pembelian pertama.

Kuasa Testimonial

Majoriti bisnes mempunyai masalah yang sama.

Testimonial daripada pelanggan sedia ada boleh bantu lenyapkan masalah ini dengan berkesan.

Apabila kita dapat testimonial daripada pelanggan, secara langsung ia dapat bina kredibiliti bisnes kita di mata pelanggan baru.

Testimonial pelanggan jauh berkuasa daripada mana-mana jenis testimonial. Ia berpontensi tinggi gandakan bisnes kita secara menyeluruh.

Namun, impak penggunaan testimonial bergantung kepada cara penggunaan yang tepat.

Berikut adalah 3 contoh berkesan cara penggunaan testimonial pelanggan untuk tarik pelanggan baru rapat dengan bisnes kita.

#1 – Untuk kata-kata yang bisnes kita tidak mampu ucapkan.

Kita boleh sahaja tulis copywriting seperti ‘kami mampu gandakan jualan bisnes anda 100%’.

Malangnya, pelanggan tidak mudah percaya dengan kata-kata manis itu.

Testimonial memainkan peranan agar pelanggan baru percaya keras kepada bisnes kita.

Testimonial ada dalam pelbagai bentuk. Namun, ia berkongsi fungsi yang sama.

Ia merupakan bentuk pengakuan pelanggan, bahawa mereka suka dengan produk kita. Lalu mengesyorkan pelanggan baru membeli daripada bisnes kita.

2# – Guna testimonial klien autoriti lonjakkan kredibiliti.

Testimonial daripada klien autoriti amat berkesan untuk tingkatkan jualan.

Tidak kira daripada rakan bisnes atau autoriti terkenal. Contoh seperti Tuan Jamal (Sifu FBAds), Tuan Raja Kamil dan sebagainya.

Akuan daripada autoriti ini mempunyai kesan serta kuasa pengaruh yang tidak ternilai.

3# – Abadikan testimonial sebagai tajuk dan tarik pelanggan baru serta-merta.

Tajuk yang guna testimonial lebih berkesan dalam menarik minat pelanggan baru.

Contohnya, kita ambil produk sabun kecantikan kulit.

Kita boleh tulis testimoni pelanggan seperti,

“Kulit muka saya tampak lebih licin dan gebu bila guna produk XYZ ini – Encik XYZ (nama pelanggan)”.

Tambahan pula, jika bisnes kita ada website, ia boleh digunakan sebagai tajuk utama homepage kita.

Cara ini menyediakan testimonial yang berkesan untuk yakinkan prospek baru bisnes kita.

One Response
  1. Fuzaimy Felany June 10, 2014 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *