3 Contoh tajuk yang buat pelanggan BACA

Penggunaan tajuk berpengaruh boleh hasilkan jualan yang tidak terkawal.

Cara tulis headline untuk menjual

Bisnes akan mula rasa susah dan rasa bermasalah.

Cuma…

Masalahnya lebih ke arah yang positif. Tiada langsung sebarang unsur negatif.

Sebagai contoh, tidak menang tangan melayan pelanggan yang berpusu-pusu hendak beli produk atau servis kita, atau selainnya.

Tajuk mujarab sebagai vitamin kepercayaan pelanggan.

Vitamin jenis ini, pelanggan amat suka sekali.

Aa beri kesihatan berpanjangan kepada mereka, juga kepada pemilik bisnes itu sendiri.

Ia mewujudkan ‘win-win situation’ antara kedua belah pihak.

Contoh tajuk dibawah disediakan khas untuk tatapan kita semua.

Agar kita mudah untuk dapat idea dalam merangka tajuk berpengaruh untuk bisnes kita sendiri.

Tajuk Mujarab #1 – Bentuk tajuk yang ajukan soalan kepada pelanggan.

Contoh tajuk: ‘Sedarkah Kita Kepada 5 Simptom Penyakit Diabetes Ini?’.

Teknik penulisan tajuk ini menunjukkan kepakaran kita dalam sesuatu bidang yang kita terajui.

Soalan diajukan untuk merangsang emosi pelanggan agar mempercayai kita. Kerana ia menunjukkan kita arif dalam perkara ini.

Manusia (pelanggan) mempunyai sifat mudah tertarik kepada potensi yang menyebabkan sesuatu masalah berlaku.

Tajuk Mujarab #2 – Reka tajuk yang selesaikan masalah pelanggan.

Contoh tajuk: ‘7 Cara Berkesan Hilangkan Masalah Dengkur Tanpa Kos’.

Tulis copy yang menyuluh terang masalah pelanggan kita.

Ia akan menyebabkan mereka mudah tersentuh apabila baca tajuk seumpama ini. Kerana ia berkaitan dengan masalah yang mereka hadapi.

Selebihnya, fokus kepada penulisan content yang menarik. Agar impaknya boleh beri kesan maksima kepada pelanggan.

Tajuk Mujarab #3 – Biar pelanggan kita sendiri yang pilih.

Contoh tajuk: ‘5 Jenis Bisnes Diberkati Allah S.W.T – Anda yang Mana Satu?’.

Tajuk jenis ini memuliakan pelanggan kita untuk pilih kategori yang tepat untuk mereka.

Ia juga bertujuan buat pelanggan kita ringan tangan untuk meninggalkan buah fikiran mereka di ruangan komen.

Ia tidak memaksa penglibatan pelanggan. Pada masa yang sama, menyebabkan pelanggan kita rasa bersalah jika tidak buat demikian.

Siri emel: Tip Copywriting 100% percuma

Belajar bagaimana menulis ayat jualan untuk meningkatkan jualan bisnes, hampir serta merta.

Isi emel anda di sini –>> http://www.writetowealth.my/copywritingpercuma

5 Comments
  1. sarena May 31, 2014 Reply
  2. Faris Osman May 31, 2014 Reply
  3. ezuddin June 8, 2014 Reply
  4. Siti Mariam July 26, 2014 Reply
  5. Junaidy April 23, 2015 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *