3 Pengajaran penting daripada kisah jual blog USD15 juta.

Jual Blog USD15 juta - 3 Pengajaran penting

Pada tahun 2006, John Wu memulakan sebuah blog bernama Bankaholic.

Selepas 3 tahun kemudian, blognya dijual dengan harga USD15 juta kepada Bankrate.

Ketika itu, usianya bawah 25 tahun.

Saya tidak pasti berapa yang beliau dapat cash out (keluarkan dalam bentuk tunai) daripada penjualan blog bernilai USD15 juta.

Kisah beliau ini merupakan salah satu sebab kenapa saya dan beberapa rakan kongsi lain membangunkan blog autoriti di luar negara bermula tahun 2010.

Ada yang kami berjaya jual dengan harga yang seksi. Ada juga yang masih seksa sampai hari ini.

Tiga pengajaran penting daripada kisah jual blog USD15 juta.

Apakah pengajaran daripada kisah penjualan blog Bankaholic ini?

Noah Kagan menyenaraikan tiga pengajaran utama daripada kisah “dari 0 ke USD15 juta”, yang boleh kita ambil untuk dijadikan sebagai pengajaran bermakna dalam bisnes.

(1) Fokus: John Wu memulakan blog Bankaholic dengan 1 topik yang spesifik iaitu CD (Certificates of Deposits) Rates.

Topik ini yang membantu blog beliau menjajah carta carian no. 1 di Google untuk satu tempoh masa yang lama, apabila pengguna Internet mencari kata kunci ini.

(2) Relevan: Ketika beliau memulakan blog kewangan ini, sudah lebih 1,000 blog yang sedia ada dalam pasaran. Tetapi majoriti blog hanya memberikan maklumat.

Bankaholic pula? Mereka bukan sekadar bagi maklumat.

Mereka sediakan tawaran-tawaran menarik dan cara mendaftar untuk dapatkan tawaran itu. Bankaholic menyediakan nilai 2x ganda lebih baik berbanding pesaing lain kepada pengguna yang sama.

(3) Buat duit: Bankaholic lakukan strategi yang sama seperti syarikat lama Noah Kagan (iaitu Mint.com), iaitu membina blog dalam kategori yang peniaga sanggup bayar $50 untuk 1 klik menerusi Google Adsense dan Adwords.

Jika anda mahu lakar kisah kejayaan seperti John Wu, mulakan dengan 3 langkah ini.

Apabila kita baca kisah kejayaan seperti ini, jangan cepat teruja.

John Wu mengambil masa 3 tahun untuk membina blognya. Yang paling penting, beliau memerah keringat dan usaha tanpa henti sebelum dapat tawaran gila daripada Bankrate.

Kami sendiri mempunyai beberapa aset blog dalam topik yang hampir sama seperti Bankaholic.

Jika mahu bermula, ini tip pertama daripada saya:

(1) Pilih topik blog yang sudah mempunyai BIG BOYS. Iaitu pemain industri yang besar. Sekurang-kurangnya kita tahu kita mahu jual kepada siapa.

(2) Mulakan sekarang, bekerja keras, disiplin dan konsisten melakukan aktiviti marketing supaya lebih ramai orang tahu tentang blog itu.

(3) Kumpul e-mail subscribers yang mempunyai kuasa membeli. Fokus pada jumlah pelawat semata-mata tidak akan memberi nilai yang tinggi kepada bakal pembeli.

PS: Salah satu blog yang kami jual di luar negara hanya mempunyai jumlah pelawat blog kurang 15,000 sebulan, tetapi mempunyai data email subscribers yang belanja minimum $17.

Skrip jualan yang anda boleh copy & paste di Facebook?

2 minggu lepas, saya ada hasilkan skrip jualan untuk klien.

Allah bagi rezeki. Skrip itu berkesan 200% kepada klien saya.

Tapi, saya tak puas hati.

Saya pun guna skrip itu untuk bisnes Write to Wealth.

Alhamdulillah.

Ia juga berkesan kepada bisnes Write to Wealth.

Anda mahu download dan guna skrip jualan ini untuk bisnes anda sendiri?

Silakan.

Risikonya? Saya tanggung 100%.

–>> Klik sini untuk download 4 Skrip Jualan khas untuk bisnes anda <<– 

One Response
  1. Dr Fattah August 11, 2015 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *