3 rahsia kempen Coke yang bantu bisnes anda bina kempen marketing impak tinggi.

Kredit Foto: assets.spooncdn.com

Kredit Foto: assets.spooncdn.com

 

Siapa tidak kenal Coca-Cola, atau Coke?

Sejarah pendek dalam 10 saat: Syarikat pembekal minuman cola ini sudah menempah nama sejak tahun 1892, hingga hari ini.

Coca-cola merupakan antara perkataan dan jenama yang dikenali seluruh dunia.

Namun, syarikat ini mengalami masalah jualan sejak konsumsi mula berkurangan. Kesedaran ramai tentang faktor kesihatan dan kandungan gula dalam Coca-cola, jadi punca jualan jenama ini merundum teruk.

Marketer di Coca-Cola sudah tidak keruan dan tidak boleh duduk diam. Syarikat gergasi ini memulakan tindakan mereka.

Adakah anda sedar kewujudan kempen ‘Share a Coke’?

Kempen ini mula dilancarkan di UK pada 29 April 2013. Dengan pantas, ia berjaya meraih populariti dalam masa yang singkat.

Ia berjaya meningkatkan jualan Coke sebanyak 7% di Australia pada tahun 2013. Selain itu, kempen ini berjaya mendapatkan lebih 18,300,000 pendedahan media.

Tidak cukup itu, terdapat peningkatan trafik sebanyak 870% kepada akaun Facebook Coca-Cola. Ini tidak temasuk dengan kadar ‘like’ berkembang sebanyak 39%.

Menarik. Jadi, apa yang bisnes saya boleh belajar daripada kempen ini?

Anda boleh belajar 3 perkara ini dan aplikasi kepada bisnes anda segera:

#1 – Tembus pasaran besar minuman berkarbonat.

Setiap kempen marketing mempunyai target daripada segi demografik. Syarikat Coca-Cola juga sama.

Cuma, kempen ‘Share a Coke’ ini berleluasa tanpa sempadan. Pengguna daripada umur 13 hingga 60 tahun ambil bahagian dalam kempen ini dengan ‘share’ gambar botol Coke mereka di laman media sosial.

Ini adalah kuasa hashtag. Dalam kes ini, ia berkesan buat kempen ini jadi viral.

Pengguna hari mahukan produk yang unik. Kempen ‘Share a Coke ini berikan perkara yang pelanggan mahukan.

Konsep ‘share’ ini juga mudah dilakukan, tanpa perlu sebarang kos. Rata-rata pelanggan kini gunakan smartphone dan media sosial.

#2 – Pendekatan yang lebih personal.

Sesiapa sahaja akan mudah jatuh cinta kepada produk yang berkonsepkan personal dan unik.

Ini termasuk minuman soda seperti Coca-Cola.

Pendekatan secara personal adalah fokus alaf baru. Ia sudah mula diamalkan oleh kebanyakan jenama dan syarikat kini.

78% pengguna Coca-Cola juga setuju kepada perkara ini. Content yang lebih personal boleh bina hubungan kukuh antara bisnes dan pelanggan.

Kajian di Intent HQ juga membuktikan, pengguna tidak kisah kongsi informasi personal mereka. Sebagai tukar ganti mendapatkan content yang personal daripada bisnes pilihan mereka.

#3 – Content yang dijana oleh pengguna.

Ini adalah salah satu trend yang kerap digunakan oleh kebanyakan bisnes kini.

Coca-Cola merupakan antara pengguna trend marketing ini dengan jayanya.

Mereka tidak setakat berjaya cipta produk yang ada ‘personal touch’. Mereka juga guna trend marketing yang menggalakkan pembabitan ramai pelanggan mereka.

Konsep mudah ini sama sekali berjaya menarik perhatian ramai.

Ia menggambarkan persepsi terhadap penggunaan Coca-Cola dan hubungan emosi mereka kepada jenama ini.

4 Comments
  1. Zaidi Mustafa December 29, 2014 Reply
  2. Ikhwan Fahmi January 1, 2015 Reply
  3. Amir January 15, 2015 Reply
  4. Fuzaimy August 3, 2016 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *