3 sebab ini buatkan pelanggan Starbucks setia beli kopi mereka setiap hari.

Kredit Foto: pocketfullofliberty.com

Kredit Foto: pocketfullofliberty.com

 

Mari tanya soalan ini kepada diri kita sendiri.

Adakah kopi Starbucks benar-benar sedap?

Coffee Bean lebih berjaya menawan lidah saya. Ini 100% review daripada saya sendiri.

Tetapi, sales Starbuck tidak dinafikan, agak mencanak daripada pesaing dalam niche bisnes mereka.

Gerado A. Dada menulis dalam blog Business 2 Community, menjelaskan perkara ini.

Ini adalah punca Starbucks kalahkan pesaing mereka.

Ada 3 faktor utama:

Faktor #1 – Pengalaman beli kopi yang unik.

Dada gelarkan ia sebagai ‘coffee experience’.

Howard Schultz (pengasas Starbucks) tumpukan sepenuh perhatian beliau terhadap perkara ini.

Beliau mahu pelanggannya rasa sesuatu yang unik dan tidak boleh diperolehi di kedai kopi selain Starbucks.

Lokasi francais mereka mempunyai suasana yang baik (secara konsisten).

Starbucks ada barista yang mesra pelanggan.

Kedai mereka di serata dunia guna lagu yang tenang dan santai.

Penggunaan lampu yang tidak terlalu terang di francais mereka.

Mereka guna nama yang unik bagi setiap kopi mereka.

Ini adalah antara strategi Starbuck berikan ‘customer experience’ yang baik.

Faktor #2 – Keinginan beri ganjaran kepada diri sendiri.

Pakar psikologi, Dan Ariely percaya ini adalah strategi kejayaan Starbucks.

Otak kita akan buatkan kita terbiasa melakukan sesuatu tindakan. Jika kita percaya ia beri nilai kepada diri kita.

Walaupun hakikatnya kopi Starbucks tidak sesedap pesaing mereka…

Kombinasi penjenamaan, pengalaman (experience) dan kepercayaan pelanggan jadi pemangkin setiap pembelian.

Persepsi seseorang merupakan realiti bagi mereka. Tidak hairan jika ramai berpagi-pagian dengan kopi Starbucks (sebagai ganjaran untuk memulakan hari).

Faktor #3 – Medium buat keputusan pantas.

Okay, mari kita bayangkan.

Kita bergegas ke tempat kerja. Kita mahukan kopi sebagai penggerak pagi kita.

Jika kita sudah biasa dengan jenama Starbucks, tentu kita beli kopi di Starbucks (sama juga jika kita beli jenama kopi lain).

Ini adalah kuasa ‘positioning’ dan penjenamaan (branding).

Ia tamatkan kerisauan pelanggan jika risau tidak dapat kopi yang menepati lidah mereka. Jika beli di Starbucks, mereka tahu kualiti kopi sudah terjamin.

Harga lebih RM10 secawan, masih ada orang sanggup beli lagi (dan lagi).

Sebelum Starbucks, kopi merupakan sebuah barangan komoditi.

Kopi hanyalah sebuah kopi (pada waktu itu).

Starbucks, letak harga yang agak mahal daripada kopi biasa.

Masih ramai yang tidak putus-putus beli.

Kita boleh belajar daripada cara Howard Shultz ini, bagaimana beliau cipta nilai Starbucks di mata pelanggannya.

4 Comments
  1. ikhwan December 1, 2014 Reply
    • Asyraf Azizan December 1, 2014 Reply
  2. zaidi mustafa December 7, 2014 Reply
  3. Jakz Aizzat June 8, 2016 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *