3 Teknik tulis headline taraf 5-bintang.

Cara menulis headline power

Idea.

Ada banyak jenis yang boleh diguna bagi memantapkan content.

Copywriting yang bagus bertindak membantu pelanggan selesaikan masalah mereka. Setelah mereka selesai baca content yang dibina.

3 teknik ini kerap digunakan oleh para pengamal tegar copywriting masakini.

Tip #1 – Bangkitkan rasa ingin tahu pelanggan.

Blog terkenal, Upworthy, suka reka headline guna tips ini.

Sebagai contoh, kita ambil artikel yang mereka tulis. Ia berkaitan dengan Mitt Romney, seorang ahli politik terkenal di Amerika Syarikat.

Headline bagi cerita ini adalah:

‘You will not believe what Mitt wants to do to you.’

Headline ini buat prospek rasa ‘Apa yang artikel ini mahu sampaikan?’.

Prospek mula tertanya-tanya, diselubungi misteri. Mereka mahu tahu cerita disebalik headline itu. Ini akan menggalakkan mereka klik dan baca content yang dibina.

P/S: Upworthy tambah, headline ini dipadankan dengan content yang bagus, akan meningkatkan peratusan prospek ‘share’ artikel itu.

Tip #2 – Keakraban otak dan nombor.

Penggunaan digit lebih berkesan daripada menulis nombor guna abjad.

Daripada tulis “Lima cara untuk kuruskan badan”, kita boleh tulis seperti “5 cara untuk kuruskan badan.”

Fakta ini disokong oleh Professor Chip Heath dan Dan Heath, pengkaji di Stanford Business School.

Mereka kata, satu daripada 6 prinsip asas dalam menjadikan artikel kita konkrit, adalah dengan guna nombor digit.

Otak manusia terbukti lebih mudah ingat nombor berupa digit.

P/S: Nombor ganjil lebih mudah tarik perhatian pelanggan daripada nombor genap.

Tips #3 – Guna elemen kejutan.

Prinsip ini masih menggunakan idea Professor Chip dan Dean Heath.

Persembahan ayat yang tidak dijangka berkesan untuk tarik perhatian pelanggan. Ini merupakan hasil penemuan daripada kajian mereka.

Elemen kejutan beri impak kepada perhatian pelanggan secara menyeluruh. Kemudian, minat pula bertindak menyemarakkan lagi impak headline.

Contoh headline seperti:

‘3 tips terkini guna Instagram dan buat sales berulang-kali tampa henti’.

Ganjaran yang tidak dijangka mempunyai kuasa besar, berkuasa mempengaruhi tindakan manusia. Kejutan boleh meransang minat kita serta tarik perhatian pelanggan dengan mudah.

Formula ilmu hasilkan Headline taraf 5-bintang.

TIngkatkan ilmu headline = Peratus (%) bisnes kita buat lebih banyak duit meningkat.

Headline adalah elemen paling kritikal cangkuk minat pelanggan 100%.

Rendahkan kegagalan headline sehingga 97% menggunakan ilmu dalam eBook ini.

Klik untuk download eBook —> http://www.writetowealth.my/formula-headline

PS: eBook ini bakal ubah sales bisnes anda ke tahap memberansangkan. Semua dengan izin Allah SWT.

3 Comments
  1. razis July 18, 2014 Reply
    • Aqif Azizan July 18, 2014 Reply
  2. Natrah Mohamed July 21, 2014 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *