3 Tempat terbaik dapatkan pelanggan untuk beli bisnes kita.

Tempat untuk cari pelanggan beli bisnes

Mahu jual bisnes bukanlah satu kerja yang mudah. Banyak perkara penting yang kena ambil kira.

Ada kajian mendapati 75% bisnes di Amerika Syarikat gagal dijual. Jika kita tahu cara betul cari pembeli, kita tidak mungkin tergolong dalam masalah ini.

Artikel daripada The Wall Street Journal beri tip untuk cari pembeli berpotensi tinggi.

Kaji poin ini dan gunakan ia dapatkan pembeli yang berminat.

1 – Rajinkan diri bergerak ke forum.

Kita boleh layari ke forum yang berkaitan dengan industri bisnes kita.

Tanya dan nyatakan secara jelas niat kita mahu jual bisnes.

Tinggalkan nombor telefon dan guna copywriting yang tarik minat pembeli yang berpotensi.

2 – Ziarah majlis ilmu yang berkaitan dengan industri.

Kelas atau majlis ilmu penuh dengan mereka yang berpotensi jadi pembeli.

Sambil buat networking, kita boleh selitkan pertanyaan berkenaan niat mahu jual bisnes.

Jika mereka tidak berminat, mohon agar panjangkan kepada kenalan mereka.Jangan lupa untuk tinggalkan nombor telefon untuk urusniaga lanjut pula.

3 – Guna bantuan broker berpengalaman.

Tapis dan temu bual broker agar kita pilih yang berpengalaman.

Broker yang ada pengalaman boleh jimatkan masa cari pembeli yang berpotensi.

Ada banyak kes bisnes gagal dijual berkaitan dengan broker. Tapis dan guna servis broker terbaik akan halang perkara ini daripada berlaku.

Cara jual bisnes untung RM30,000.

eBook ini kongsi pengalaman usahawan muda ini. Beliau berjaya jual bisnes beliau
pada harga yang memberansangkan.

Ia tidak mustahil. Tambahan pula, bisnes beliau baru berusia 12 bulan.

Klik & belajar sekarang –> http://www.writetowealth.my/trading/jualbisnes/

Nota: Bonus percuma eBook bernilai RM27.

3 Comments
  1. Amir October 24, 2014 Reply
  2. Akak Vitamin October 25, 2014 Reply
  3. ikhwan November 29, 2014 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *