3 Tip bisnes – Cerita si buta sayur

Pernah beli sayur di pasar basah?

Pasar Basah

Saya ini, kalau disuruh beli sayur, memang liat sedikit. Maklumlah, orang yang buta sayur. Banyak sayur saya kurang kenal.

Pada hari Khamis lepas (sewaktu saya sedang bermesyuarat di The Curve), isteri dan mak mertua saya pergi ke pasar basah di kawasan rumah kami.

Selepas isteri saya beli daging dengan nawaitu mahu masak daging dendeng untuk suami tercinta (Nyum, nyum!), beliau pergi ke satu gerai kecil peniaga sayur berbangsa Cina.

4 Amalan peniaga sayur berbangsa Cina

“Saya mahu beli cendawan & brokoli,” kata isteri.

Lalu peniaga Cina itu tanya kembali,

“Cikpuan mahu berapa?”

Isteri saya pun balas soalan itu. Lalu dengan segeranya peniaga Cina itu,

  1. Beritahu isteri saya beliau akan ambil cendawan & brokoli yang lebih segar untuknya.
  2. Harga yang jauh lebih murah dan berpatutan.
  3. Setiap kali berkomunikasi – Peniaga Cina itu membalas dengan senyuman dan penuh hormat.
  4. Paling menarik – Beliau bantu gerai sahabatnya yang tidak jauh dari situ untuk mengambil stok cendawan dan sayur yang lebih segar.

3 Perkara PENTING yang saya belajar untuk bisnes

Pada malam yang sama – Isteri saya ceritakan kisah ini dengan penuh teruja.

Daripada cerita beliau, saya belajar sesuatu:

1) Layan bakal pelanggan dengan penuh hormat.

Walaupun pelanggan itu ambil kuantiti yang sedikit. Dengan tanda hormat itu, pelanggan akan bawa 10 lagi pelanggan yang lain kerana puas hati dengan servis.

2) Berniaga dalam keadaan jemaah.

Buang masa sahaja bermusuh di antara satu sama lain.

Jalan terbaik adalah mewujudkan hubungan kerjasama di antara satu kedai dengan satu kedai yang lain.

Berniaga secara jemaah itu adalah perbuatan yang mulia.

3) Daging dendeng isteri tercinta memang sedap.

Sebab masak dengan penuh kasih sayang. Hehe.

PS: Sewaktu saya menulis artikel ini, saya berfikir. Bagaimana jika saya boleh bantu tuan puan (yang sedang baca artikel ini), untuk dapatkan formula menulis ayat jualan yang dapat tingkatkan sales.

Khususnya jika tuan puan aktif berniaga di Facebook.

Memandangkan tempat duduk sudah hampir penuh untuk sesi 20hb April 2014 ini – Tim saya sudi buka lagi 5 seat untuk pendaftaran.

Bagaimana buat pelanggan membeli selepas tengok iklan kita?

Kita sudah belajar ilmu bisnes. Poin kelima adalah poin yang paling penting iaitu marketing.

Jika anda mahu belajar ilmu marketing dan penulisan iklan, yang boleh membantu sales bisnes anda pecah rekod setiap bulan, maka panduan ini dapat membantu.

Ia ditulis khas untuk usahawan di Malaysia yang mahu belajar ilmu penulisan iklan yang mampu gandakan sales.

Klik sini untuk download ebook anda (Kuota dan harga TERHAD).

PSS: Jangan lupa makan daging dendeng. Suruh ahli keluarga tercinta masak. πŸ˜›

4 Comments
  1. norhamidi April 14, 2014 Reply
  2. broFami April 16, 2014 Reply
  3. Zulhilmi Zainudin April 20, 2014 Reply
    • Aqif Azizan April 24, 2014 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *