3 tip mengekalkan prestasi menulis tajuk dan content yang pelanggan sentiasa mahu baca.

Kredit foto: spqrt.blog.com

Kredit foto: spqrt.blog.com

 

Apakah karakteristik penulis yang menghasilkan content bertaraf viral?

Kita boleh banyak belajar daripada mereka.

Penghasilan tajuk, penciptaan content yang menawan dan sebagainya.

‘Spoiler alert’: Siapa kata copywriter hanya bergantung 100% kepada bakat natural?

CEO CopyBlogger, Brian Clark menindas pengakuan tidak benar ini.

Mitos ini perlu ditamatkan segera.

Tidak semua copywriter bergantung kepada bakat.

Ia bergantung kemahuan mereka.

Kemahuan belajar dan mendalami sesuatu adalah asasnya.

Ini jadi bukti, penghasilan tajuk dan content boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja.

Mereka yang menghasilkan tajuk dan content secara berkesan kongsi 3 ciri-ciri ini:

#1 – Faham dan arif akan fungsi janji kepada prospek yang mereka sasarkan (secara spesifik).

Janji merupakan senjata utama mereka.

Ini bakal buat pelanggan atau prospek mereka jadi tidak keruan.

Pelanggan juga jadi lebih yakin. Trauma membeli mereka dapat dihapuskan dengan mudah.

Kuncinya adalah tahu sasarkan kepada siapa secara spesifik.

Tajuk yang terlalu general tidak akan berikan kesan yang bagus. Lebih baik target 1% yang pasti akan baca content kita.

#2 – Mereka kaji tajuk yang sudah terbukti berkesan.

Biasanya, tajuk ‘direct response’ menjadi mangsa bahan kajian mereka.

Konteks ‘sudah terbukti berkesan’ bermaksud, pelanggan sudah bayar dan melakukan pembelian.

Sejurus selepas baca tajuk dan content.

Kita boleh belajar banyak daripada tajuk majalah popular (contohnya Cosmopolitan). Tajuk tabloid juga membantu.

Tidak salah tiru dan guna tajuk yang sudah terbukti berkesan.

#3 – Mereka faham kenapa tajuk yang mereka gunakan, berkesan.

Maksudnya, mereka tahu sebab tajuk ini buat pelanggan keluarkan duit mereka.

Mereka tidak memperjudikan tajuk kepada nasib.

Mereka 101% buat keputusan berdasarkan data.

Ini termaksuk struktur tajuk yang terbukti berkesan.

Fahami perkara ini membenarkan kita bebas mengubah struktur ikut kesesuaian, tanpa ubah konteks asal sesebuah tajuk.

Sebuah lagi mitos yang wajib dihapuskan.

Ramai anggap tajuk yang berkesan ada unsur bombastik dan penuh dengan hiperbola.

Ia sama sekali tidak benar.

Janji kita kepada pelanggan adalah kuncinya.

Jika kita berani beri dan tunaikan janji, pelanggan pasti beli.

Kredibiliti tajuk bergantung kepada janji kita kepada pelanggan kesayangan kita.

One Response
  1. Noor Azlin December 23, 2014 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *