4 Formula native ads. Ini cikgu marketing saya bagi. Sekarang, formula ini anda punya.

4 Formula native ads

Tip ini hanya untuk anda yang sudah faham dua perkara iaitu:

  1. Faham bahawa iklan itu penting supaya kita dapat berjumpa dengan lebih ramai pelanggan.
  2. Faham bahawa teknik native ads adalah satu lagi pendekatan yang boleh digunakan untuk berjumpa dengan lebih ramai pelanggan.

Cuma, untuk poin kedua itu, saya mahu huraikan lebih lanjut.

Formula native ads yang dipermudahkan oleh mentor content marketing saya.

Formula B.E.S.T ini saya belajar daripada Joe Pulizzi. Beliau ini adalah antara individu terawal yang memperkenalkan kepada saya strategi content marketing, untuk membangunkan sesebuah bisnes.

Joe Pulizzi juga merupakan seorang content marketer yang berdisiplin. Sehingga hari ini, beliau tidak berhenti daripada memperjuangkan ideologi content marketing untuk pemilik bisnes di seluruh dunia.

Native ads merupakan pecahan kecil daripada strategi content marketing.

Bagaimana formula BEST membantu anda untuk kurangkan risiko kerugian iklan?

Formula B.E.S.T untuk memudahkan pemahaman terhadap native ads merujuk pada:

  1. B – Behavioral.
  2. E – Essential.
  3. S – Strategic.
  4. T – Targeted.

Olahan bagi setiap satu akronim pula adalah seperti berikut:

B – Behavorial.

Merujuk pada tingkah laku dan komunikasi di antara pemilik bisnes dan juga pelanggan.

Sebelum kita fikir tentang native ads, keutamaan paling penting adalah mempunyai satu matlamat yang jelas.

Tanya soalan ini pada diri sendiri,

“Selepas bakal pelanggan baca iklan ini, apa yang aku mahu mereka buat?”

E – Essential.

Essential merujuk pada menghasilkan content atau memberi maklumat yang memenuhi beberapa kriteria penting dari kaca mata pelanggan seperti:

  1. Adakah maklumat itu diperlukan pelanggan?
  2. Adakah maklumat itu dapat menyelesaikan masalah pelanggan?
  3. Adakah maklumat itu dapat mengubah hidup pelanggan jadi lebih baik?

S – Strategic.

Jangan buat native ads semata-mata kita mahu buat native ads.

Tidak semua bisnes boleh gunakan 1 cara yang sama. Lihat kembali samada native ads ini bersesuaian atau tidak dengan matlamat bisnes yang kita mahu capai.

Lihat juga kapasiti dan kemampuan kita. Adakah kita mampu menghasilkan content yang bagus untuk diiklankan?

Jika tidak, jangan buat native ads lagi. Ia akan membakar duit iklan kita.

T – Targeted.

Jangan berharap bahawa 1 native ads sesuai untuk semua orang. Native ads yang berkesan mempunyai ciri utama iaitu menepati dengan keperluan pelanggan.

Sebelum lancarkan kempen native ads, tanya soalan ini,

“Adakah content yang aku iklankan ini menepati dengan keperluan pelanggan aku?”

Jangan jual buah epal kepada orang yang mahu beli durian. Jual buah epal kepada orang yang mahu beli epal. Ia lebih mudah dan cepat.

4 akronim yang memudahkan pemahaman native ads.

Saya berterima kasih kepada Joe Pulizzi sebab memudahkan konsep native ads dan content marketing menggunakan 4 akronim yang biasa kita dengar iaitu:

“B.E.S.T”

Behavorial, essential, strategic, dan juga targeted ini adalah asas sebelum melancarkan kempen native ads.

Jangan mula native ads sebelum anda baca ayat di bawah.

Jika anda suka baca formula native ads ini sampai habis, saya percaya anda juga mahu mengorak langkah iaitu menggunakan native ads untuk meningkatkan sales bisnes bulan ini.

Cuma, mungkin ada masih blur. Mungkin, anda perlukan contoh yang lebih jelas dan LIVE.

Saya ada dokumenkan satu daripada eksperimen kami menggunakan native ads dalam masa kurang 30 hari untuk jual 1 produk.

Kami pakejkan ia jadi ebook.

Klik sini untuk dapatkan ebook eksperimen native ads kami.

2 Comments
  1. Rahimah October 9, 2015 Reply
  2. Zaidi Mustafa October 10, 2015 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *