4 Rahsia bisnes jutaan ringgit milik Neil Patel

Neil Patel

Beliau adalah usahawan muda yang mengasaskan dua syarikat startup bisnes Internet iaitu,

  1. Quicksprout.
  2. Crazy Eggs.

Semasa melanjutkan pelajaran, beliau juga ditawarkan untuk menjadi konsultan SEO (Search Engine Optimization), dengan bayaran lumayan.

Sepanjang pengalaman Neil Patel membangunkan 2 syarikat startup, beliau berkongsi 4 ilmu bisnes yang penting.

4 Ilmu itu adalah:

1) Lancarkan bisnes kita secepat mungkin.

Lagi cepat kita lancar, lagi cepat kita belajar.

Jangan tertakluk pada mindset “fikir & buat kajian sedalam-dalamnya.”

Ia melambatkan proses untuk kita tahu potensi bisnes kita.

2) Dapatkan feedback pelanggan.

Apabila bisnes kita berjaya dapat 10 pelanggan pertama, gunakan kesempatan ini untuk bertanya.

Soalan-soalan yang dapat membantu bisnes kita adalah:

“Apa yang menyebabkan anda beli produk ini?”

“Apakah penambahbaikan yang anda mahukan daripada kami?”

Pasang telinga supaya bisnes kita buat duit banyak gila.

3) Ubahsuai, ubahsuai, ubahsuai.

Kata Neil Patel,

“Always iterate.”

Ubahsuai bisnes kita jadi lebih baik dari semasa ke semasa.

Gunakan respon pelanggan sebagai penanda aras utama, tentang apa yang perlu diubah.

4) Ulang langkah 1 sampai 3 semula.

Kata kuncinya, “Speed.”

Buat langkah 1 sehingga langkah 3 secepat mungkin. Kemudian ulang semula.

Ini adalah 4 ilmu bisnes berdasarkan pengalaman Neil Patel membangunkan syarikat yang untungnya jutaan dolar setahun.

Tingkatkan jualan bisnes anda 3x ganda bulan ini.

Belajar daripada ebook 3 Formula Marketing.

Digunakan oleh 19,200 cawangan bisnes seluruh dunia.

Download ebook anda di sini (TERHAD) –>>http://www.writetowealth.my/3formula/hop.php?ref=wtw

3 Comments
  1. azrain alaman July 9, 2014 Reply
  2. razis July 9, 2014 Reply
  3. Mohd Zakwan July 9, 2014 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *