Jawab 4 soalan ini dan aktifkan ‘landing page’ buat lebih banyak jualan.

landing-page-without-call-to-action-meme

Kredit foto: scion-social.com

 

Selesai sudah siapkan ‘landing page’ (minisite) kita.

Reka bentuk yang profesional, grafik yang menawan, dan tawaran yang menarik…

Hati kita sudah pun senang dan tenang. Selesai sudah satu kerja.

Kita mula lancarkan ‘landing page’ ini.

Namun, ia masih gagal buat ‘conversion’ seperti yang kita mahukan.

Apakah masalahnya?

Kita mula kaji balik. “Mungkin, content yang dibina tidak begitu menepati citarasa pelanggan”, bisik hati kita.

Kita mula tukar perkataan. Kita cipta headline baru, keraskan ‘call to action’ bagi mencipta ‘conversion’ yang lebih baik daripada sebelumnya.

Peter Sandeen (menulis di Unbounce) jelaskan, ia masih tidak mencukupi.

Selagi kita tidak fokus sepenuhnya kepada idea yang betul, kita bakal gagal sekali lagi (dan seterusnya).

Pelanggan tidak akan membeli, walau sebijak mana kita bermain dengan tawaran yang kita rasa sudah cukup mengasyikkan.

Tanya 4 soalan ini dan mula cipta ‘landing page’ yang mudah buat duit.

Peter Sandeen kongsikan 4 soalan ini:

Soalan #1 – Apakah sebab pelanggan perlu dengar cakap kita?

Atau lebih spesifik, apakah sebab terbaik yang buat mereka ikut arahan kita?

Jika kita tidak tahu jawapan kepada soalan ini, kita seperti hanya mengagak sahaja.

Tidak perlu mengagak kerana ia tidak sihat kepada kerja marketing yang dilakukan.

Ini sama juga kepada usaha buat ‘conversion’.

Sebab yang persuasif bagi mendapatkan tindakan pelanggan, adalah dengan fokus kepada masalah mereka secara ekstra spesifik.

Soalan #2 – Bagaimana mahu sampaikan tawaran terbaik kepada pelanggan?

Jika tawaran kita sama seperti pesaing, pelanggan tidak akan bertinddak membeli daripada kita.

Pelanggan mahukan sebab istimewa.

Sebab yang jawab ‘kenapa perlu aku beli daripada kamu, daripada berjuta pesaing yang jual produk yang sama?”.

Kuncinya, adalah sentiasa bertindak lebih selangkah, atau tiga langkah daripada pesaing kita.

Anggap ini seperti permainan catur. Kaji strategi yang diambil pesaing dan buat tawaran lebih baik daripada mereka.

Soalan #3 – Bagaimana untuk buat tuntutan (claims) yang dipercayai pelanggan?

Jika mahu pelanggan percaya kepada kita, berikan sebab yang kuat untuk mereka percaya.

Tidak mencukupi jika hanya bergantung kepada populariti bisnes sahaja. Ramai bisnes terkenal suka buat perkara ini.

Namun, ia tidak berkesan buat ‘conversion’ yang mereka mahukan.

Jika tuntutan kita tidak spesifik kepada masalah pelanggan dan boleh bantu selesaikannya, ia tidak ada kuasa persuasif yang kuat.

Kita boleh fikir, “bagaimana mahu buat tuntutan yang bermakna dimata pelanggan kita?”.

Soalan #4 – Apakah ‘value proposition’ bisnes kita?

Ini merupakan senjata utama buat sales yang berkesan.

Ia merupakan koleksi sebab pelanggan ‘kena’ beli daripada bisnes kita, bukan pesaing kita.

Gunakan ia secara spesifik. Kaji perkataan dan headline yang sesuai untuk digunakan.

Beri perhatian kepada mesej dasar yang kita mahu sampaikan kepada pelanggan.

Jelas kepada perkara ini dan mula deraskan jualan. Fokus cipta mesej persuasif yang kita mahu sampaikan kepada pelanggan.

2 Comments
  1. ikhwan December 8, 2014 Reply
    • Asyraf Azizan December 10, 2014 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *