5 ramalan ‘trend’ marketing bakal gegarkan 2015.

Kredit foto: artemia.com

Kredit foto: artemia.com

 
Apakah rentak marketing pada tahun hadapan (2015)?

Jawapan kepada soalan ini akan berikan bisnes peluang cerah buat lebih banyak duit.

Ini kerana kita boleh bersedia rangka pelan berstrategi. Serta guna idea baru yang relevan kepada bisnes.

Kajian ‘trend’ ini termasuk daripada sudut teknologi. Ia sentiasa ada peranan mutlak dalam marketing.

Chloe Mason Gray kongsikan kajian ‘trend’ marketing ini di blog KissMetrics.

Trend #1 – ‘Storytelling’ akan tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Bryan Kramer ramal ‘storytelling’ bakal mengganas di dunia marketing pada 2015.

‘Transmedia storytelling’ (teknik ‘storytelling’ yang guna pelbagai platform dan format) dilihat berpotensi tinggi.

Ia mudah berkembang pesat kerana guna pelbagai saluran (channel) untuk satu kempen.

Strategi ini berkesan buat kempen jadi viral tanpa perlukan banyak masa.

Ramai marketer sudah sedar. Saluran marketing (seperti content, SEO dan media sosial) saling bergantung antara satu sama lain.

Trend #2 – Jenama (brands) mula cari rakan kongsi ‘content creator’ yang berpengaruh.

Tahun ini, banyak jenama sudah mula jadikan ‘content creator’ sebagai rakan kongsi.

Banyak jenama daripada niche fesyen, perlancongan dan lain-lain berikan perhatian mereka kepada pemilik akaun Instagram yang berpengaruh.

Mereka berikan gambar produk mereka untuk dipasarkan ke komuniti setia akaun Instagram ini.

Perkara ini juga dijangka bakal menjalar kepada niche dan saluran (channel) yang lain dengan pantas.

Tahun hadapan, kita bakal jadi saksi kepada kempen marketing yang lebih kreatif dan canggih.

Trend #3 – Alat bantuan kempen marketing bakal jadi kegilaan bisnes.

Setiap hari, setiap bisnes mencari cara berkesan dan efektif untuk berhubung dengan prospek dan pelanggan.

Ini merupakan peluang keemasan kepada bisnes niche data dan alat bantu marketing.

Penghasilan alat dan data baru pasti akan dilakukan jika ada teknologi baru.

Contohnya, seperti Google Glass dan iBeacon. Strategi baru akan dicipta agar medium ini tidak disia-siakan oleh marketer.

Mereka akan cari jalan berikan content kepada pelanggan melalui medium teknologi baru ini.

Trend #4 – Masa bereksperimen dengan teknologi terbaru.

Seperti petikan di atas, Google Glass dijangka berikan perubahan ketara kepada penggunaan teknologi pada tahun hadapan.

Ini juga merupakan peluang kepada para marketer mula kaji bagaimana teknologi ini boleh disesuaikan.

Mereka bakal jadikan industri ini sebagai periuk nasi baru mereka.

Model marketing seperti ‘pay-per-gaze’ adalah antara idea bagi menyesuaikan penggunaan teknologi baru ini.

Mark Schaefer tambah, kempen marketing akan berkait rapat kepada pengalaman pengguna agar ia berikan impak maksima.

Trend #5 – Kerjasama syarikat media dan jenama gergasi dunia.

Content marketing sudah berjaya mengubah arus marketing di dunia kini.

Ia merupakan kunci berhubung dengan pelanggan secara efektif.

Joe Pulizzi (CEO Content Marketing Institute) berpendapat, jenama besar akan mula beli syarikat media.

Agar mereka dapat hasilkan content yang bagus secara konsisten.

Banyak jenama gergasi seperti New York Jets (kelab basketball USA) sudah mula sedar akan hal ini.

2 Comments
  1. Ikhwan Fahmi January 19, 2015 Reply
  2. Amir February 27, 2015 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *