5 tiang kejayaan bisnes yang sukar ditiru pesaing.

Kredit foto: www.sharenator.com

Kredit foto: www.sharenator.com

 

Setiap bisnes bergantung kepada kelebihan (advantage) tersendiri untuk berjaya.

Namun, ia hanya mampu bertahan sehingga pesaing kita berjaya kenal pasti kelebihan itu.

Kelebihan itu pula, mudah ditiru (copied) oleh pesaing kita.

Rich Karlgaard menulis dalam buku beliau, The Soft Edge.

Beliau menjelaskan 5 tiang kejayaan sesuatu bisnes yang sukar ditiru pesaing.

Tiang #1 – Kepercayaan (trust).

“Kepercayaan adalah sebuah faktor penting dalam persekitaran pekerjaan yang baik.” Ayat ini dijelaskan oleh Jim Goodnight dalam buku The Soft Edge.

Karlgaad tambah, kepercayaan boleh gandakan impak baik kepada sesebuah organisasi.

Kejayaan sesebuah bisnes bermula daripada dalam sesebuah organisasi dahulu.

Dengan memupuk kepercayaan antara pekerja dan pemimpin, ia akan menjalar kepada pelanggan, pelabur dan rakan niaga.

Kepercayaan boleh cungkil bakat baru pekerja kita, kuatkan hubungan antara pelanggan dan bisnes, serta kebalkan posisi rakan niaga agar setia bersama kita.

Tiang #2 – Kebijaksanaan (smart).

Bakat dan kebijaksanaan bergantung kepada sikap (attitude). Bukan sekadar kecerdasan otak semata-mata.

Karlgaard kenal pasti, bisnes yang berjaya akan dengar setiap idea dan komen pekerja mereka secara serius.

Kebijaksanaan merupakan sikap untuk sentiasa tambah baik diri sendiri.

Bak kata Tara Vanderveer semasa sesi interview oleh Karlgaard, “Orang yang berjaya sentiasa akan cari peluang belajar untuk meningkatkan diri mereka.

Mayo Clinic (syarikat niche kesihatan) merupakan contoh yang terbaik. Mereka jadi rakan kongsi Ritz-Carlton dan Disney, untuk latih pekerja mereka dalam hal khidmat pelanggan dan hospitaliti.

Tiang #3 – Semangat berpasukan (team).

Apabila pekerja laburkan emosi mereka kepada syarikat, adalah mustahil bagi pesaing tiru perkara ini dan aplikasikan kepada bisnes mereka.

Dalam ekonomi global serba pantas hari ini, idea ini boleh jadi satu kelebihan kepada organisasi.

Adalah tugas pemimpin untuk memimpin pasukan, beri dorangan dan yakinkan tim agar sentiasa kekal bersemangat.

Tony Fadell (pengasas Nest Lab) jelaskan, “Kemahiran insaniah (soft skill) sebenar dalam usaha meningkatkan prestasi tim, adalah sentiasa mendorong dan beri keyakinan kepada mereka”.

Suntikan mengekalkan semangat tim akan bertindak beri ganjaran yang baik kepada bisnes.

Tiang #4 – Cita rasa (taste).

Karlgaard menjelaskan, cita rasa adalah sifat manusia yang mendalam. Ia adalah produk yang jelas bercirikan seorang manusia.

Cita rasa adalah perkara yang mendiang Steve Jobs jelaskan perkara yang betul tentang Apple, dan perkara yang tidak betul mengenai pesaingnya.

Dalam bahasa mudahnya, ia berkenaan dengan bagaimana sesuatu produk itu buat kita beremosi.

Ini merupakan rahsia terbesar dalam aspek cita rasa. Kita selam dan rasa perkara yang pelanggan kita rasakan.

Kemudian, kaji perkara yang buatkan pelanggan kita ambil tindakan berdasarkan emosi mereka.

Tiang #5 – Cerita (story).

Cerita berkenaan bisnes kita, adalah hak milik mutlak bisnes kita. Anggap ia sebagai trademark bisnes.

Sudah pasti ia tidak boleh sewenang-wenangnya ditiru oleh bisnes lain.

Cerita beritahu pelanggan bagaimana kesukaran yang pernah dihadapi oleh bisnes untuk capai tahap sekarang.

Ia juga beri kemungkinan kepada perkara yang bakal dicapai oleh bisnes. Cerita beri pengolahan kepada hidup dan jatuh sesebuah bisnes.

Perkara ini boleh dikatakan, 100% milik bisnes itu sendiri. Ia boleh digunakan sebagai alat persuasif dan pengaruh.

 

One Response
  1. ikhwan December 4, 2014 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *