5 Tip jual bisnes kecil pada harga tinggi.

Cara jual bisnes dengan harga tinggi

Data daripada BizBuySell menyatakan, 2013 adalah tahun peningkatan jualan bisnes kecil (sebanyak 41.7%) pada penggal ketiga.

Ini merupakan berita baik kepada pemilik bisnes yang mahu bersara dan dapatkanbanyak duit jual bisnes mereka.

5 tip Elain Pofeldt (editor majalah Fortune Small Business) ini elok dipertimbangkan dahulu sebelum buat keputusan jual bisnes.

1 – Sediakan data mudahkan pemilik baru.

Sediakan data bisnes kita, seperti jumlah keuntungan dan potensi bisnes kita di masa hadapan.

Kita boleh tambah minat membeli mereka dengan sediakan bukti kewangan yang sudah diaudit.

2 -Harta intelek sebagai penanda harga bisnes.

Jenama bisnes kita dilindungi oleh harta intelek. Dengan buat ‘trademark’, ia dapat tingkatkan harga bisnes kita. Pemilik bisnes baru akan bertambah yakin untuk beli bisnes kita, sekaligus hapuskan keraguan serta kerisauan mereka.

3 – Bisnes lama tidak bergantung 100% kepada skil individu.

Biasanya sukar jual bisnes niche kreatif, seperti firma ‘graphic design’ dan seangkatannya.

Bisnes yang tidak terlalu bergantung kepada skil individu lebih mudah dijual pada harga yang tinggi.

4 – Tahu nilai bisnes kita.

Penilaian bisnes daripada firma bereputasi, boleh buat bakal pemilik bisnes tahu nilai bisnes yang mereka mahu beli. Mereka boleh buat kerjasama rangka strategi, agar bisnes mereka melangkah lebih jauh daripada sebelumnya.

5. Jangan ada rahsia.

Jika ada masalah, beritahu kepada bakal pemilik baru. Tidak perlu tunggu untuk terus-terang kepada mereka. Lebih lama kita tunggu, lebih mudah mereka bakal kecewa.

Ia boleh rosakkan persetujuan antara dua pihak.

eBook jual bisnes kurang 12 bulan dengan harga RM 30,000.

eBook 9 mukasurat ini dikupas berdasarkan pengalaman sebenar.

Klik sekarang dan download ebook –>
http://www.writetowealth.my/trading/jualbisnes/

One Response
  1. ikhwan December 3, 2014 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *