5 Tip memulakan bisnes impian. Tip #5 ramai sombong mahu buat.

Memulakan bisnes impian

Setiap kali kita berniat mahu membangunkan bisnes impian, hati sering berkata nanti.

Nanti itu sebenarnya membawa mati. Lagi lama menanti, lagi cepat impian kita terkubur mati.

Hakikatnya, tidak ada masa yang lebih sesuai untuk memulakan bisnes impian. Melainkan, hari ini. Sekarang.

Penulis bisnes Sarah Beth Moore menjelaskan 5 sebab kenapa kita perlu mulakan bisnes impian hari ini.

1) Ekonomi makin teruk!

Istilah “ekonomi buruk”, “ekonomi tidak mengizinkan” dan sebagainya tidak lagi relevan digunakan.

Bagi para usahawan, membina bisnes impian sentiasa bersifat lampu hijau. Kita boleh mulakan sekarang.

2) Lagi lambat, lagi melarat.

Mulakan sekarang, sebelum bisnes impian menghantui kita.

Hari ini kita bermula, esok belum tentu berjaya. Namun itu jauh lebih baik daripada bersifat pasif dan berdiam diri.

Selagi mana kita tidak bermula, kita berada dalam zon kegagalan.

3) Perasaan ragu-ragu semakin tebal.

Semakin lama kita tunggu, semakin tebal perasaan ragu-ragu.

Sarah Beth Moore menyatakan,

“Jalan terbaik untuk memusnahkan keraguan adalah menerusi tindakan. Apabila kita bertindak, akhirnya kita sedar, “Eh, bukannya susah sangat pun!””

4) Belajar bisnes dengan memulakan bisnes.

Teori “You must know everything before you can do anything” tidak boleh kita gunakan dalam dunia bisnes moden.

Belajar dengan bertindak. Apabila gagal, belajar daripada kegagalan itu dan jangan ulang semula.

Yang lain, biarkan masa yang menentukan kejayaan kita.

5) Ramai guru bersedia menghidangkan juadah ilmu.

Orang-orang bisnes berpengalaman tidak lagi kedekut ilmu.

Zaman sekarang, mereka lebih suka membantu usahawan-usahawan baru. Asalkan mereka sanggup bekerja keras dan sanggup melonggarkan ego.

Ada ramai mentor bisnes di luar sana.

Langkah seterusnya? Belajar menjual bisnes anda kepada pelanggan.

Pertama: Belajar menulis iklan.

“Jika iklan anda gagal, bisnes anda juga akan gagal.”

Download ebook yang berkongsi “rahsia” menulis ayat iklan yang menjual.

Klik sini –>> http://www.writetowealth.my/formula-headline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *