5 Tip Pantas Buat Duit Dengan Menulis

Sehingga hari ini, saya terima limpahan e-mel ke inbox yang bertanyakan  tentang dunia penulisan.

Lebih spesifik,

“Bagaimana saya boleh buat duit dengan menulis?”

Jadi, saya berpendapat…

Lebih baik saya berkongsi terus secara meluas, berbanding balas satu per satu e-mel.

(Saya tidak mampu untuk balas lebih 500+ e-mel dalam masas singkat).

Ada 5 tip penting sebelum kita boleh buat duit dengan menulis.

Tip 1 – Struktur Bahasa

Berhenti gunakan bahasa-bahasa SMS yang kurang enak seperti:

  • Yg
  • Dgn
  • Ko

… Saya tidak mahu tulis lagi. Agak sakit kepala apabila mahu baca perkataan-perkataan seperti di atas.

Ini adalah peraturan pertama.

Tip 2 – Penulis Bukan Editor

… Jangan takut jika ada tersalah eja dan sebagainya.

Penulis bukan editor.

Editor adalah mereka yang membetulkan kesilapan ejaan.

Penulis pula?

Penulis adalah mereka yang mahu berkongsi sesuatu yang bermanfaat.

Tulis sahaja.

Editnya kemudian (Atau bagi orang lain).

Tip 3 – Berguru

Sehingga hari ini, saya mempunyai lebih daripada 10 orang cikgu penulisan.

Bukan cikgu dari sekolah rendah atau menengah.

Tetapi cikgu penulisan dari pelbagai aspek iaitu:

  • Penulisan berpengaruh.
  • Penulisan artikel.
  • Penulisan akhbar.
  • Penulisan media.
  • Penulisan iklan.

Untuk berjaya dalam dunia penulisan, maka wajib berguru.

Supaya kita dapat percepatkan proseskejayaan.

Tip 4 – Wujudkan Jemaah Penulis

Raikan lebih ramai jemaah penulis-penulis.

Cari dan tanya orang sekeliling kita yang mahu berada dalam bulatan yang sama.

Lagi ramai jemaah penulis, lagi kuat momentum kita.

Secara tidak langsung, mewujudkan dinding “no excuse” yang tebal lagi kebal untuk sentiasa menulis secara konsisten.

Tip 5 – Pilih Model Bisnes

Akhir sekali, melibatkan DUIT.

Sebagai penulis, model bisnes kita terlalu luas.

Izin saya berkongsi secebis:

  1. Tulis ebook dan jual.
  2. Tulis buku dan jual.
  3. Tulis skrip dan jual.
  4. Tulis lirik lagu dan jual.
  5. Senarainya tidak akan berhenti…

Jadi, penting untuk kita pilih model bisnes yang kita mahu dan berani untuk ceburi.

Jika tanya saya…

Saya bermula dengan ebook.

Tidak perlu kos yang tinggi, dan sangat mudah untuk buat banyak duit.

Diskaun “Pra-Ramadhan” – Jimat RM80

Jika 5 tip di atas bermanfaat, maka DVD “5 Formula Seru Kekayaan Dengan Penulisan” mungkin sesuai dengan selera kita.

DVD ini harganya RM130.

Bagaimana DVD ini boleh membantu bakal penulis untuk hidup kaya dunia dan akhirat?

#PERTAMA.

DVD ini adalah tentang pengalaman saya hidup lebih 4 tahun dengan hanya menjual perkataan (a.k.a penulis).

#KEDUA.

Modul-modul dalam DVD ini direka khas untuk membantu kita faham bagaimana bermula, serta bagaimana untuk berjaya.

#KETIGA.

Kita terpaksa bertindak ke arah kejayaan.

Kerana dalam DVD ini disediakan lembaran kerja (workbook) untuk kita cetak dan bertindak.

Jika berminat, sila isikan kod diskaun di bawah untuk jimat RM80.

KOD DISKAUN: JUL80

(Kemudian isikan kod kupon di ruangan pembayaran [KLIK SINI] )

Kod kupon ini TERHAD untuk 30 ORANG PERTAMA SAHAJA.

Ini adalah diskaun bersempena dengan Ramadhan yang bakal disambut oleh umat Islam seluruh dunia.

10 Comments
  1. Nawawi Mohshin July 4, 2013 Reply
    • Aqif Azizan July 4, 2013 Reply
  2. Juan July 4, 2013 Reply
    • Aqif Azizan July 4, 2013 Reply
  3. zaim July 4, 2013 Reply
  4. Hafizul July 5, 2013 Reply
  5. razana ismail July 18, 2013 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *