6 Usahawan solo (solopreneur) yang berjaya menjadi jutawan dan hidup bebas.

6 Usahawan solo

Kredit gambar: Neuroflexyn

Pernah dengar kategori usahawan solopreneur?

Secara ringkasnya, ia adalah gelaran untuk pemilik bisnes yang:

1) Menjalankan operasi bisnes secara berseorangan (One man show). Atau kurang dari 5 orang pekerja.

2) Banyak menggunakan pendekatan outsourcing. Seperti bayar pekerja freelance di dalam atau luar negara untuk kerja-kerja tertentu.

3) Mempunyai matlamat bisnes yang tersendiri. Matlamat biasanya berkait rapat dengan kepuasan peribadi.

Soalan paling kritikal dan juga merupakan taboo sebagai solopreneur adalah,

“Bolehkah usahawan yang bergerak secara berseorangan ini mencapai status jutawan?”

Lebih senang jadi jutawan apabila berniaga secara solo?

Secara peribadi, ia lebih senang dan cepat.

Tetapi, mari kita tengok bukti yang dipaparkan oleh Forbes.

Mereka menyenaraikan 6 usahawan solopreneur yang mencapai status jutawan, mempunyai bisnes yang berjaya dan hidup berlandaskan falsafah sendiri.

Solopreneur #1 – Tim Ferriss.

Tim Ferriss

Tim Ferriss merupakan salah seorang usahawan kegemaran saya.

Beliau ini suka pada eksperimen. Tidak kisah eksperimen bisnes, belajar bahasa baru, bersukan dan hampir segala-galanya.

Antara bukunya yang popular dan sudah dibaca jutaan orang seluruh dunia adalah The 4-Hour Workweek.

Pada tahun 2001, beliau mengasaskan jenama bisnes suplemen kesihatan online iaitu Brain Quicken. 9 tahun kemudian, beliau jual bisnesnya kepada sebuah syarikat di London.

Buku The 4-Hour Workweek juga antara kenderaan yang membantu Tim Ferriss untuk hidup bebas sebagai solopreneur. Sehingga kini, ia telah terjual 1.35 juta naskah. Buku ini pernah ditolak oleh 25 penerbit sebelum berjaya melakar kejayaan.

Solopreneur #2 – Allen Walton.

Allen Walton

Allen Walton pernah bekerja di kedai yang menjual kamera keselamatan. Pada masa itu, gajinya cuma $11 sejam.

Lebih menarik, beliau bekerja untuk belajar.

Selepas menimba pengalaman, beliau mengasaskan laman web SpyGuySecurity.com. Allen Walton menjual kamera keselamatan secara online.

Modal bisnesnya? Kurang dari $1,000.

Pada peringkat awal, beliau menggunakan pendekatan SEO dan Google Adwords untuk dapatkan pelanggan.

Solopreneur #3 – Dan Mezheritsky.

Fitness on the Go

Dan Mezheritsky merupakan pengasas dan president Fitness on the Go.

Ia merupakan bisnes personal training berbentuk francais. Katanya,

“Apabila saya buat konsep franchise, mereka lebih bermotivasi kerana mereka sedang membina bisnes sendiri.“

Keputusan menjadikan ia sebagai francais adalah disebabkan kegagalan Dan Mezheritsky menguruskan pekerjanya yang hanya bekerja untuk dapat gaji semata-mata.

Solopreneur #4 – Rachel Charlupski.

The Babysitting Company. Diasaskan pada tahun 2005.

Pengasasnya adalah Rachel Charlupski. Beliau adalah pelajar di Arizona State University.

Pendekatan awal beliau dapatkan pelanggan untuk servis menjaga anak (babysitting) adalah menerusi hotel di Phoenix.

Dari situ, beliau mula mengembangkan bisnesnya.

Dalam masa 10 tahun, Rachel Charlupski mempunyai jaringan 1,500 penjaga anak-anak di 13 bandar, seperti New York dan Los Angeles.

Beliau hanya gunakan pendekatan outsource untuk kerja-kerja yang tidak mampu dilakukan oleh dirinya sendiri. Sebagai contoh, Rachel Charlupski membayar agensi khas untuk melakukan kempen marketing di social media.

Solopreneur #5 – Peter Leeds.

Peter Leeds

Peter Leeds mula belajar melabur duit pada usianya 14 tahun. Beliau rugi dan kehilangan semua duitnya dalam masa 2 minggu.

Berbeza dengan orang ramai, beliau mengambil kisah itu sebagai pengajaran hidup yang paling bermakna. Sekaligus menyebabkan Peter Leeds mengasaskan bisnes penerbitan iaitu Peter Leeds Express, untuk berkongsi ilmu pelaburan penny stocks.

Beliau juga menulis dua buah buku iaitu:

1) Penny Stocks for Dummies.

2) Invest in Penny Stocks.

Sehingga hari ini, beliau mempunyai 3 orang pekerja. Antara sebab beliau memilih jalan sebagai solopreneur adalah untuk mempunyai banyak masa bersama keluarganya.

Solopreneur #6 – Lewis Howes.

Lewis Howes

Lewis Howes merupakan salah seorang mentor saya dalam topik Linkedin Marketing.

Beliau ini dulu seorang ahli sukan. Tetapi kecederaan yang serius telah memaksanya berundur dari arena sukan. Akhirnya, Lewis Howes buat keputusan untuk membuka bisnes online sendiri.

Beliau mengajar usahawan lain untuk menggunakan Linkedin dan social media yang lain sebagai alat marketing untuk mengembangkan bisnes.

Bisnesnya mencecah keuntungan $2 juta setahun.

Kemudian Lewis Howes jual bisnesnya dengan nilai 7 angka dan kini mengasaskan podcast The School of Greatness.

Bisnes berseorangan atau bisnes jemaah yang lebih baik?

Membina bisnes secara solo (berseorangan) atau membina bisnes secara beramai-ramai?

Semua ini terletak pada keputusan dan matlamat bisnes masing-masing.

Tidak semua bisnes mahu jadi seperti Google. Ada kompleks sendiri, ribuan pekerja seluruh dunia dan sebagainya.

Ada usahawan yang menjadikan bisnes sebagai alat untuk mereka mempunyai banyak masa untuk lakukan apa yang mereka mahu.

Contoh? Saya ada seorang kawan yang buat bisnes kerana mahu menjelajah semua negara yang ada di dunia.

Matlamat bisnes ini, tidak perlu terhegeh-hegeh mahu ikut orang lain.

Mahu naikkan sales? Anda pasti suka ilmu marketing ini.

Jika anda suka baca artikel ini, anda pasti suka dengan eksperimen iklan yang kami buat untuk gandakan sales bisnes.

Hasil daripada eksperimen ini, kami memperoleh lebih 70% pulangan dari sudut jualan produk.

Klik di sini untuk download ebook & baca eksperimen kami.

7 Comments
  1. Master Nine June 29, 2015 Reply
  2. Azlin June 30, 2015 Reply
    • Aqif Azizan June 30, 2015 Reply
  3. Shafiq June 30, 2015 Reply
    • Aqif Azizan June 30, 2015 Reply
  4. Helmi Aliarit June 30, 2015 Reply
    • Aqif Azizan June 30, 2015 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *