Bagaimana jadikan setiap perkataan sebagai mesin magnet tarikan pelanggan

Bengkel Copywriting

Dalam bisnes, kita gunakan perkataan untuk:

  1. Berkomunikasi dengan pelanggan.
  2. Meningkatkan jualan.

Penggunaan perkataan untuk meningkatkan jualan adalah kata ganti nama lain untuk “copywriting.”

Penting untuk setiap bisnes mempunyai copywriter. Bahkan adalah satu unfair advantage (kelebihan besar), sekiranya pemilik bisnes itu sendiri adalah copywriter.

Fungsinya,

Copywriter menyusun perkataan-perkataan yang betul, supaya dapat mempengaruhi pelanggan dan meningkatkan jualan.

Akan Buka Pendaftaran – Seminar Copywriting Write to Wealth

Di Malaysia, ada beberapa organisasi dan individu yang menyediakan kursus-kursus berkenaan copywriting.

Berdasarkan permintaan lebih 300+ peserta yang pernah hadir ke bengkel content marketing, maka tim Write to Wealth kini bakal membuka Mini-Workshop Copywriting untuk tahun 2014.

Ini adalah maklumat ringkas:

Tarikh: 23hb Februari 2014 (Ahad).

Tempat: Dewan Seminar Kohilal, Diamond Square, Gombak.

Masa: 8.30 pagi hingga 1 tengahari (Rehat pukul 10.30 pagi hingga 10.55 pagi).

Makanan dan minuman tidak disediakan.

Penyertaan akan dibuka secara online bermula minggu hadapan.

Komen – Masalah Anda Mengenai Copywriting

Sebelum penyertaan dibuka, kami berbesar hati untuk menerima soalan-soalan daripada tuan puan berkaitan dengan topik copywriting.

Mohon tulis di ruangan komen. Kami baca satu per satu dan berusaha untuk balas kembali komen anda dengan jawapan.

Sebagai contoh,

“Saya tidak pandai menulis. Bagaimana untuk saya jadi copywriter yang bagus untuk bisnes sendiri?”

Sila gunakan ruangan komen di bawah.

Aqif Azizan

Ketua Pegawai Eksekutif. Copywriter. Penulis buku. Trainer. Bertanggungjawab untuk memastikan enjin Write to Wealth terus panas dan bergerak dengan lebih pantas. Serta buat banyak duit.

This Post Has 6 Comments

  1. Nasrullah

    Salam Aqif. Bagaimana cara terbaik belajar copywriting. Adakah jalan dengan cara membaca ? Jika ada, boleh berikan judul buku terbaik copywriting. Terima kasih.

  2. danial

    Saya baru nak mula bisnes online sendiri. Tapi saya tak pandai sgt nak menulis ni. Jadi saya tak tau mcm mna nak tulis ayat2 yg boleh pengaruh org utk membeli

  3. Ida omar

    Assalamu`alaikum, kepakaran saya adalah menyediakan banayak pilihan wangi-wangian bagi memenuhi kepuasa penggemar yang beragam citarasa dan gaya hidup. Sayab erminat untuk menghadiri bengkel copy writing. Masalah saya adalah saya ada poin2 untuk disampaikan tetapi tak berapa tahu teknik bagaimana ianya sepatutnya disampaikan agar pelanggan ambil tindakan. T kasih.

  4. Shahrul

    Saya dah buat iklan dengan FB Ads tapi sales hanya 2-3 orang sahaja sehari. Kadang2 tak ada. Mungkin disebabkan ayat saya tak bagus. Dah macam2 letak termasuk “JAMINAN Wang dikembalikan jika xxxxx” tapi masih di tahap yang sama. Gambar juga diselaraskan dengan kehendak FB Ads. Saya sangat2 perlukan bantuan ayat dalam bentuk mudah yang boleh memberi impak kuat terhadap bakal pembeli seterusnya membeli produk kita..

Leave a Reply