Bagaimana pastikan marketing kita tidak gagal?

Marketing Ferrari vs Lamborghini

Marketing tanpa matlamat yang jelas ibarat memandu kereta tanpa tahu mahu pergi ke mana.

Walaupun kereta kita selaju Ferrari atau Lamborghini sekalipun, kita tetap membazir masa, wang, minyak dan tenaga kerana tidak mempunyai hala tuju yang jelas.

Bagaimana menetapkan matlamat marketing?

Apa visi dan misi marketing anda?

Tuan Wan Nong Muzafar merupakan perancang strategik bisnes untuk syarikat Karangkraf.

Beliau berkongsi cara menetapkan matlamat marketing adalah menerusi:

  1. Visi.
  2. Misi.

Visi adalah ending atau pengakhiran yang kita mahu.

Misi pula adalah apa yang perlu kita lakukan bagi mencapai visi.

Contoh visi dan misi marketing?

Sebagai contoh, visi marketing kita adalah mempunyai 10,000 pelanggan.

Jadi, apakah jenis aktiviti yang dapat membantu kita untuk mencapai jumlah 10,000 pelanggan?

Merancang aktiviti ini dipanggil sebagai misi.

Merancang misi dengan spesifik sangat penting. Misi tidak boleh terlalu umum dan hanya kita seorang sahaja yang faham.

Misi ini akan digerakkan oleh seluruh organisasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *