4 Sifat pekerja yang membantu mengembangkan bisnes setiap tahun.

Bagaimana kembangkan bisnes

Bagaimana memastikan syarikat kita berkembang setiap tahun?

Untuk dapatkan jawapan ini, jalan terbaik adalah memahami fitrah perkembangan bisnes itu sendiri.

Setiap bisnes yang mahu berkembang memerlukan pasukan yang hebat. Pengasas syarikat tidak boleh mengembangkan bisnes jika bergantung pada seorang diri.

“If an employee does not care deeply for the company and its mission, they might not be as willing to do their best to see the company achieve success.”

Kunci kepada perkembangan bisnes yang drastik setiap tahun, bergantung pada pengasas syarikat itu memilih pasukan kerjanya. Pengasas Paypal iaitu Peter Thiel menggariskan empat jenis karakter yang penting supaya kita dapat memilih pasukan bisnes yang efisien.

Empat karakter itu terdiri daripada:

1) Competence.

2) Capabilities.

3) Comptability.

4) Commitment.

1) Competence.

Ia adalah karakter paling penting. Pastikan pekerja dalam pasukan bisnes kita mahir dalam skop kerjanya. Ini dapat membantu menyelesaikan masalah bisnes dalam masa yang singkat.

Malah golongan pekerja yang mempunyai karakter competence tidak perlu menerima banyak arahan. Mereka sudah tahu skop kerja dan cara bekerja yang paling berkesan untuk membantu bisnes. Tugas kita adalah pantau dari jauh sahaja.

2) Capabilities.

Pekerja yang memiliki karakter kedua ini membantu mengembangkan bisnes. Mereka tahu bagaimana untuk kembangkan sesuatu yang sedia ada dalam bisnes, kepada sesuatu yang lebih bagus dan lebih efisien.

3) Compatibility.

Boleh bekerja dalam keadaan yang harmoni.

Maksudnya, mereka boleh bekerjasama dengan semua pekerja yang ada dalam organisasi. Ini termasuk memberi idea baru, bantu membantu dan sewaktu dengannya.

Suasana kerja yang bagus dalam sebuah syarikat itu berlaku apabila keharmonian di antara pekerja wujud.

4) Commitment.

Sifat komited ini boleh jadi sifat fitrah. Ia juga boleh dilatih.

Cara melatih sifat komitmen pada pekerja dalam syarikat kita adalah memastikan mereka faham kedua-dua visi dan misi syarikat. Supaya mereka tidak rasa seperti kuli dan hamba dalam syarikat kita.

Kita mahu pekerja ambil berat terhadap syarikat, dan rasa diri mereka penting bagi memastikan syarikat terus berkembang sehingga mencapai visi yang mahu dicapai.

Tidak semua bekerja kerana duit.

Pengalaman Peter Thiel membina beberapa bisnes yang berjaya mencapai tahap fenomena menjelaskan tidak semua bekerja kerana mahukan ganjaran duit.

Sebagai pengasas syarikat, kita sendiri menetapkan apakah ciri-ciri pekerja yang kita mahu untuk membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi.

Empat karakter yang dikongsikan sebelum ini adalah asas. Ia melibatkan psikologi dan sikap seseorang pekerja.

One Response
  1. Fairuza Mansor April 16, 2015 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *