Bangkit 2014 – 3 Formula kejayaan Dr. Azizan untuk 3,000+ peserta bermotivasi

Bangkitkan potensi diri, potensi kejayaan dengan formula terbukti berkesan.

Bangkit 2014 Dr Azizan Osman

Ini adalah tagline atau motto yang digunakan oleh Dr. Azizan Osman, dalam seminar baru yang dinamakan sebagai Bangkit 2014.

Nama majlis ilmu ini sesuai dengan cabaran yang melanda pada masyarakat kita pada hari ini. Khususnya dalam bab ekonomi.

Bangkit 2014 yang diadakan di Kuala Lumpur bertempat di Berjaya Times Square Hotel, pada 16hb Februari 2014. Maklumat jumlah peserta yang diterima adalah sekitar 3,000+.

3 Formula kejayaan Seminar Bangkit 2014

Secara ringkasnya, berikut adalah nota-nota kejayaan yang Dr. Azizan Osman kongsikan kepada 3,000+ peserta sepanjang program berlangsung sekitar 4 jam.

1 – Rahsia Pengasas “The Secret

Baru-baru ini, Dr. Azizan Osman melaburkan masa dan tenaga untuk menjelajah ke dunia luar bagi mendalami ilmu potensi dan kejayaan diri, bersama pengasas The Secret, iaitu Bob Proctor.

Seminar Bangkit 2014 - Richworks

Dalam Seminar Bangkit 2014, beliau berkongsi salah satu daripada “rahsia” yang menjadi amalan golongan manusia hebat iaitu,

“Jangan sekadar cakap apa yang kita mahu. Tulis di atas nota dan terjemahkan impian kita ke dalam bentuk tulisan.”

2 – Beza “Wish” dan “Expect

Jangan sekadar tulis, “Saya mahu…”

Selagi mana kita berada dalam zon “sekadar mahu”, selagi itu impian kita liat untuk dicapai. Orang yang cepat berjaya adalah orang yang “percaya” bahawa mereka boleh dapat sesuatu.

  • Saya “mahu” menjadi jutawan (Tidak tepat).
  • Saya mencapai / memperoleh / mempunyai RM1,000,000 sebelum usia saya 35 tahun.

Tukar persepsi kita daripada mahu sesuatu kepada pasti dapat apa yang kita impikan. Ini adalah peraturan utama mencipta landasan kejayaan dalam kehidupan.

3 – Jangan bazirkan 1 soalan emas

Jalan cepat untuk berjaya adalah belajar dan minta bantuan daripada mereka yang sudah berjaya.

Peserta Bangkit 2014 - Azizan Osman

Ini adalah nasihat lazim yang kita terima.

Nasihat ini juga adalah nasihat yang terbukti berkesan zaman berzaman.

Dalam masa sama, nasihat ini juga yang sering disia-siakan oleh orang ramai apabila bertemu dengan orang yang sudah berjaya.

Dr. Azizan Osman berkongsi bagaimana seorang peserta yang membazirkan peluang apabila bertanyakan soalan yang “remeh”, apabila diberi kebenaran untuk bertanya kepada orang yang sudah berjaya.

ATRQ – Ask the right question

Apa yang boleh dipelajari di sini adalah,

“Sentiasa tahu soalan yang perlu ditanya apabila berjumpa dengan orang hebat. Supaya kita dapat jawapan yang boleh menaikkan nilai diri sendiri, ke tahap yang lebih tinggi.”

Bagaimana kita bertanya soalan, menjelaskan personaliti kita. Ada pepatah Melayu menyatakan,

“Bagaimana kita bertanya mencerminkan tahap kecerdikan.”

 

One Response
  1. noyep May 15, 2014 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *