Berani Berniaga 2013 – Dr. Azizan Osman

Berani Berniaga 2013 adalah satu lagi program Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman. Perasmian dan pelancaran program ini adalah 23hb Mac 2013 di Menara PGRM, Cheras.

Berani Berniaga 2013

Jumlah pendaftaran secara keseluruhan untuk sesi program yang pertama mencecah lebih 5,000 peserta. Berbeza dengan jangka masa program sebelumnya (9.00 pagi hingga 1.00 tengahari), Berani Berniaga 2013 adalah program satu hari suntuk iaitu:

“9 pagi hingga 6 petang.”

Jurulatih program ini, iaitu Dr. Azizan Osman cukup sinonim dengan gelaran Pakar Pemasaran Asia. Beliau telah melatih lebih 300,000 usahawan di seluruh Malaysia untuk:

  1. Tingkatkan jualan secara drastik.
  2. Menguasai strategi pemasaran.

Pengisian ilmu dalam program Berani Berniaga 2013 lebih menjurus kepada pembukaan mata dan minda, kepada golongan yang masih bekerja atau yang masih belum berniaga, untuk memahami beberapa jenis realiti:

Realiti Ekonomi

Keadaan ekonomi di Malaysia dan seluruh dunia mempunyai tekanan yang tersendiri. Satu daripadanya adalah, “Kos sara hidup meningkat, tetapi gaji pekerja pi mai pi mai tang tu.”

Bermaksud, gaji yang diperoleh sehingga hari ini masih tidak lagi mampu menampung kehidupan sekeluarga. Dalam masa sama, mewujudkan tekanan hubungan dalam institusi keluarga itu sendiri.

Realiti Bisnes

Terlalu banyak kepercayaan karut tentang perniagaan yang dibawa oleh golongan yang jahil perniagaan. Yakni golongan yang tidak pernah mempunyai perniagaan, tetapi berani menasihati orang lain tentang dunia itu.

Dr. Azizan Osman menjelaskan tentang kepercayaan-kepercayaan karut itu. Antaranya adalah:

  1. Mesti kena ada modal besar untuk berniaga.
  2. Mesti ada darah usahawan.

Ada 3 lagi penerangan beliau tentang kepercayaan karut dalam perniagaan. Namun dua kepercayaan di atas sahaja sudah cukup, untuk meruntuhkan emosi dan visi seseorang dalam mengimpikan perniagaan yang berjaya.

Buku Baru – Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan

Selain melancarkan program Berani 2013 dan memperkenalkan badan-badan kerajaan yang mahu membantu usahawan di Malaysia, Dr. Azizan Osman juga melancarkan buku terbarunya iaitu:

“Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan.”

Buku ini adalah buku daripada hasil kerjasama dengan pengasas Write to Wealth iaitu Tuan Aqif Azizan.

Buku Kuasai Pemasaran Rahsia Menarik Pelanggan - Dr Azizan Osman

Dalam buku ini, para pembaca dapat memahami dan mempraktikkan lebih 50 strategi pemasaran. Disertakan juga contoh-contoh serta teknik untuk melaksanakan semua strategi yang dikongsikan.

Buku ini hanya boleh dibeli di program-program Berani Berniaga 2013 dengan harga RM25 sahaja per unit. Dalam program di Menara PGRM, 1,000 unit buku berjaya terjual dalam tempoh kurang 60 minit.

Ebook Mudahnya Jual Produk Kurang 7 Saat

Dapatkan strategi dan teknik skrip penulisan berpengaruh, yang telah membantu ramai usahawan serta penjual, untuk menjana jualan lebih RM1,000 sehari.

Muat turun di sini <– KLIK SEKARANG.

5 Comments
  1. Najdiah Zakaria March 24, 2013 Reply
    • Aqif Azizan March 24, 2013 Reply
  2. Ilyana March 24, 2013 Reply
    • Aqif Azizan March 24, 2013 Reply
  3. Asyrof Asri March 29, 2013 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *