Berapa lama tempoh kenal pasti keberkesanan native ads (Soal jawab bersama pakar FB Ads).

3 Soal jawab native ads

Sebelum saya teruskan perkongsian, saya perlu minta maaf kepada dua golongan berikut.

  1. Pertama, saya mahu minta maaf kepada Tuan Firdaus Azizi secara peribadi kerana lambat menjawab soalan yang diajukan. Beliau bertanya soalan tentang native ads ini sejak 6hb Jun 2015.
  2. Kedua, kepada individu lain (selain Tuan Firdaus Azizi) yang juga mahu mengikuti perkembangan jawapan.

Maafkan kami (Cuba nyanyi ala-ala Bujang Lapok).

Bagi tuan puan yang tertanya-tanya apakah soalan yang diajukan oleh salah seorang pakar Facebook Marketing (ya, saya juga belajar ilmu FB Ads dengan Tuan Firdaus Azizi), berikut adalah screenshot 3 soalan yang beliau ajukan di Facebook peribadi saya.

Soalan Native Ads Firdaus Azizi

3 Soalan native ads daripada pakar FB Ads.

Saya akan berusaha menjawab 3 soalan itu dengan padat, spesifik dan berdasarkan gabungan pengalaman sendiri dan orang yang lebih mahir.

Soalan #1 – Conversion rate untuk native ads.

“Berapa conversion rate yang dikira bagus untuk native ads?” – Tuan Firdaus Azizi.

Jawapan: Pendekatan saya mudah dan tidak terlalu kompleks iaitu PPC (Profit Per Content).

Cara untuk kira PPC ini adalah:

(Kos yang dilaburkan untuk promosikan content itu) – (Jumlah keuntungan bersih yang diperoleh daripada content) = PPC

Kenapa untung bersih?

Sebab saya mahu tidak mahu jadi teruja dengan nombor yang salah. Jika kira jualan kasar, memang sedap mata memandang, tetapi hakikat yang sebenarnya pahit untuk ditelan.

Apabila kira berdasarkan untung bersih, kita berada pada landasan realiti. Kita dapat sahkan samada content kita benar-benar memberi keuntungan yang positif atau sebaliknya.

Soalan #2 – ROI native ads.

“Adakah asal ROI positif, ia dikira bagus?“ – Tuan Firdaus Azizi.

Jawapan: Dari sudut pandang akaun bisnes, ya.

Ia bergantung pada indikator ROI atau keuntungan yang kita sendiri tetapkan.

Sebagai contoh, 1 content kami sasarkan untuk dapat untung bersih sebanyak RM2,000 dalam masa 1 hari.

Setelah bereksperimen, kami cuma memperoleh untung bersih sebanyak RM1,000 sahaja.

Dari sudut akaun bisnes, memang positif. Tetapi dari sudut indikator ROI yang kami tetapkan, ia tetap negatif.

Kesimpulannya, tetapkan sendiri ROI setiap native ads kita. Jangan terlalu rendah, jangan terlalu tinggi. Ukur baju pada bisnes sendiri.

Soalan #3 – Tempoh kenal pasti keberkesanan native ads.

“Berapa tempoh terbaik mengenalpasti keberkesanan native ads?” – Tuan Firdaus Azizi.

Jawapan: Sama seperti iklan biasa (direct selling) yang kita eksperimen di Facebook Ads.

Macam kami sendiri, kami mahukan data yang cepat. Jadi, kami akan keluarkan kos iklan minimum RM100 sehari untuk menguji 1 kempen native ads.

Dalam masa 24 jam, kami akan kira ROI daripada eksperimen.

Jika ROI bagus, maka proses scaling atau melaburkan kos iklan dengan lebih besar secara berperingkat akan dilakukan.

Nak belajar native ads dengan lebih mendalam?

Masih ramai yang belum dapat ebook case study Native Ads siri pertama yang kami terbitkan bulan lepas.

Salah satu sebab yang kami kenal pasti adalah mereka tidak faham apa maksud native ads.

Saya cuba ringkaskan, native ads ini sama seperti content marketing.

Apa bezanya?

Ia adalah content / artikel / video informasi / sewaktu dengannya yang diiklankan.

Ebook siri native ads yang pertama berkongsi tentang hasil eksperimen jualan yang berskala kecil. Kami cuma laburkan kos iklan sekecil RM300+ dalam masa 30 hari.

Klik sini untuk download ebook case study native ads.

PS: Siapa beli ebook ini, boleh dapat bonus templet web jualan yang kami sendiri gunakan untuk dapat sales sampai hari ini. Bernilai RM2,500.

One Response
  1. Faris Osman June 17, 2015 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *