Bermula Misi Jutawan Perkataan

Ini artikel yang pertama.

Artikel yang merasmikan kewujudan blog Write to Wealth. Tujuan penubuhan blog ini adalah:

  • Mencipta satu lagi alat untuk memandaikan bangsa.
  • Perkasakan lagi jenama Write to Wealth dalam minda masyarakat Malaysia.
  • Mendidik usahawan dan bakal usahawan, untuk menguasai setiap perkataan bagi mencipta lebih banyak saluran duit.

Pengasasnya bukan Aqif Azizan. Pengasasnya adalah seluruh masyarakat Malaysia.

Kami bergerak di bawah satu bumbung. Menjadikan perkataan sebagai makanan dan minuman seharian.

Produk Write to Wealth

Fokus model bisnes kami adalah: Produk informasi dan servis copywriting bertaraf premium.

Maksud premium berdasarkan mazhab Write to Wealth adalah:

Kami sendiri pilih untuk bekerjasama dengan siapa. Ukuran servis kami bukan berdasarkan jumlah bayaran servis. Ukuran servis kami berdasarkan bagaimana kami boleh transformasikan bisnes tuan puan, menjadi lebih besar, untung dan berlegasi.

Dalam Write to Wealth, kami adalah satu organisasi yang kecil namun berjiwa besar.

Kami akan terus aktif berkarya menggunakan pelbagai medium untuk mewujudkan lebih banyak puak-puak yang sayang, cinta dan setia pada jenama ini.

Tuan puan yang kami hormati, terima kasih kerana menyokong usaha ini.

Write to Wealth menjanjikan produk dan servis yang berkualiti.

Write to Wealth menjanjikan setiap perkataan yang kami terjemahkan adalah untuk memberikan manfaat 360 darjah kepada penghadamnya.

12 Comments
  1. Asyrof Asri March 13, 2013 Reply
    • Aqif Azizan March 13, 2013 Reply
  2. Hamza Samin March 13, 2013 Reply
    • Aqif Azizan March 13, 2013 Reply
  3. Selamat Jamil March 13, 2013 Reply
    • Aqif Azizan March 13, 2013 Reply
  4. Zulhilmi Zainudin March 13, 2013 Reply
    • Aqif Azizan March 13, 2013 Reply
  5. Faisal Abdullah March 14, 2013 Reply
    • Aqif Azizan March 15, 2013 Reply
  6. Junnaidah binti Juhar March 20, 2013 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *