Pesaing bisnes mesti benci anda bila guna formula ini.

Formula jadi bisnes yang unik

Apabila bisnes kita pelik sedikit berbanding pesaing, ada dua jenis risiko yang akan kita tanggung:

1) Risiko bisnes gagal.

2) Risiko bisnes lebih maju di hadapan dan mendapat sambutan daripada pelanggan.

Bagaimana untuk memilih keunikan dalam bisnes sendiri?

Ilmu ini disampaikan oleh Scott McKain, seorang usahawan yang memiliki syarikat bernilai jutaan dolar, ketika beliau berjumpa dengan penulis ulasan filem yang terkenal iaitu Roger Ebert.

1 – Kalau kita tak yakin pada produk, tak ada masalah. Tapi…

Kepercayaan dan keyakinan kita terhadap produk tidak begitu penting. Jadi, apa yang lebih penting? Jawapannya adalah keyakinan dan kepercayaan pelanggan terhadap produk kita.

Jawapan yang lebih spesifik adalah, membina persepsi di mata pelanggan. Buat pelanggan “rasa” produk itu mereka patut miliki.

2 – 10x ganda bagus daripada pesaing, tidak bermakna 10x untung.

Walaupun produk kita 10 kali ganda lebih bagus daripada pesaing-pesaing lain, tetapi jika ia gagal mewujudkan satu persepsi yang berbeza di mata pelanggan, maka “bagus” itu tidak bernilai langsung.

3 – Layanan sama ibarat berbisik kepada pelanggan, “Kami tak berbeza pun dengan pesaing lain!”

Kalau kita layan pelanggan sama seperti pesaing lain, apa bezanya kita dengan mereka?

Menjadi yang terbaik bermaksud menjadi peniaga yang mendahului pesaing dan sentiasa berada di hadapan.

4 – Tiga cara memilih keunikan yang tidak menggunakan sebarang kos.

Menjadi unik tidak bermakna kita perlu 100% atau 360 darjah unik berbanding pesaing lain.

Fokus pada:

1) Perkara yang kecil, tetapi itu yang pelanggan tak dapat daripada pesaing lain.

2) Perkara yang padat. Mempunyai nilai emosi positif yang tinggi jika kita buat pada pelanggan.

3) Aktiviti yang pelanggan mudah cam supaya bisnes kita melekat dalam kepala mereka.

Ia berbalik semula pada poin nombor 1, iaitu mewujudkan satu persepsi baru di mata pelanggan.

Contoh aktiviti tanpa kos tetapi berimpak tinggi.

Poin nombor 4 adalah poin yang paling penting dalam perkongsian ini. Roger Ebert tidak sarankan kita memilih benda yang terlalu besar, susah dibuat dan menggunakan kos yang tinggi.

Cari aktiviti yang kecil tetapi mempunyai impak emosi yang tinggi kepada pelanggan, dan benda ini pesaing kita tak pernah terfikir nak buat.

Sebagai contoh, dengan hanya memberikan senyuman dan sentiasa mendoakan pelanggan setiap kali berurusan adalah aktiviti yang tidak perlukan kos yang tinggi, dalam masa sama, ia memberi kesan emosi positif yang sangat tinggi di mata pelanggan.

Mahu skrip jualan unik & berkesan yang anda boleh guna di Facebook?

2 minggu lepas, saya ada hasilkan skrip jualan untuk klien.

Allah bagi rezeki. Skrip itu berkesan 200% kepada klien saya.

Tapi, saya tak puas hati.

Saya pun guna skrip itu untuk bisnes Write to Wealth.

Alhamdulillah.

Ia juga berkesan kepada bisnes Write to Wealth.

Anda mahu download dan guna skrip jualan ini untuk bisnes anda sendiri?

Silakan.

Risikonya? Saya tanggung 100%.

–>> Klik sini untuk download 4 Skrip Jualan khas untuk bisnes anda <<– 

2 Comments
  1. Amir August 21, 2015 Reply
  2. Fairuza Mansor December 2, 2015 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *