Cara buat iklan FB Ads untuk bisnes catering (proven step by step) untuk jana sales RM60,000+ sebulan?

Case study ini dah lama.

Tak silap saya, masa Ads Marathon sesi yang ketiga.

Tapi, asas dan praktikalnya tetap sama. Bagaimana 1 bisnes katering boleh dapat sekurang-kurangnya 10 klien baru setiap bulan.

.

Step 1 – Jangan kelam kabut buat iklan dan pilih campaign dulu. Langkah paling awal adalah kenal pasti ‘siapa’ pelanggan yang kita mahu.

.

Step 2 – Ini contoh real. Klien kami buat keputusan untuk buat kempen marketing untuk dapatkan pelanggan berikut:

  • Katering untuk majlis aqiqah.
  • Katering untuk majlis kahwin.

Tak perlu pilih banyak sangat segmen pelanggan. Kalau dapat kenal pasti segmen pelanggan yang sentiasa ada potensi untuk ‘spend besar’, lagi bagus.

.

Step 3 – Untuk segmen pelanggan majlis kahwin, konsep iklan yang klien kami rancang adalah seperti berikut:

  • Video cara persediaan masak makanan khas untuk kenduri kahwin untuk 1,000 pax supaya makanan sedap, tak basi, dan jemputan yang hadir berpuas hati dengan lauk yang sediakan.
  • Video perjalanan syarikat katering klien dari A sampai Z. Dari persediaan makanan, cara hidang, cara presentation sampailah testimonial positif daripada pengunjung dan pengantin.

.

Step 4 – Semua video yang klien rancang di atas, hanya gunakan apps dan rekod guna smartphone saja.

Duration? 2 minit 30 saat.

Step 5 – Lepas video dah siap, masukkan subtitle dan call to action di bahagian akhir video.

Contoh arahan yang simple pada bahagian akhir video?

“Call kami sekarang di 012 3456789 untuk booking.”

.

Step 6 – Launch kempen Website Clicks (atau Traffic). Copywriting simple saja.

“Lepas dah guna servis katering (jenama ABC), kami trauma nak pilih katering yang lain.

Rakaman video di bawah ini akan ‘dedahkan’ segala rahsia yang katering lain tak mahu anda tahu.

Klik sini untuk whatsapp kami sekarang dan book katering majlis kahwin anda: http://wasap.my

Atau call 012 3456789.”

.

Step 7 – Spend RM30 sehari dan standard FB Ads targeting.

Video di atas siap dalam masa 4 jam. Sebab video dah memang ada. Cuma perlu tambah bab persediaan dan gabungkan semua material yang diperlukan.

Fasa pertama campaign ini bermula dengan RM30 sehari. Iklan approved dalam masa 3 jam.

Targeting? 25 hingga 35 tahun. Male and female. Kuala Lumpur dan Selangor. Interest tak ada.

.

Step 8 – Dapat 4 klien.

Dalam masa kurang 24 jam, dapat 5 whatsapp dengan kos iklan total RM25+ (tak ingat exactly berapa).

Daripada 5 whatsapp ini, 4 orang confirm nak set appointment.

Fast forward dalam masa beberapa minggu, 4 orang ini confirm jadi klien dan bayar deposit.

.

Step 9 – Naikkan bajet, duplicate tukar tajuk iklan dan thumbnail video.

Iklan lama maintain RM30 sehari.

Apa yang klien buat seterusnya adalah duplicate iklan lama, spend RM15 sehari.

Tapi tukar tajuk iklan dekat description dan tukar thumbnail video yang 100% berbeza dari iklan sebelum ini.

.

Step 10 – Sales 5 angka dalam masa 1 bulan.

Kalau tak silap, sekitar RM60,000+.

Ini termasuk booking dan full payment.

Kira okay sangat sebab kos iklan tak sampai RM3,000.

.

Apa yang kita boleh belajar dalam case study ini?

(Walaupun anda tak buat bisnes katering)

Tip 1 – Dalam kelas Ads Marathon, kami sangat pentingkan asas iaitu nak jual kepada ‘siapa’.

Tip 2 – Objektif iklan untuk permulaan kempen FB Ads cukup dengan Website Clicks (atau Traffic) terus ke Whatsapp. Atau boleh pilih Messenger.

Tip 3 – Buat iklan yang bagi CONTOH REAL. Seperti video yang klien kami buat di atas.

Tip 4 – Guna video untuk buat tip 3. Pakai smartphone, aplikasi biasa dan pastikan ada subtitle.

Tip 5 – Lancarkan serta merta kempen FB Ads dengan bajet paling minimum RM15 ke RM30 sehari. Pantau ROI.

Tip 6 – Kalau nak scale sehingga sales RM100,000 ke atas, kami perlu pastikan klien mantapkan dulu SOP dari sudut production dan leverage pada company katering lain supaya kualiti makanan tak terganggu.

.

Belajar sesuatu?

Silakan SHARE dan saya nak bagitau yang kelas Ads Marathon untuk bulan ini dah dibuka.

Contact team kami untuk claim diskaun RM200.

Klik sini untuk daftar Kelas Ads Marathon dan claim diskaun RM200.

Atau call nombor ini: 017 649 1442

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *