3 Cara buat pelanggan intim dengan bisnes kita. Kemudian tinggalkan semua pesaing-pesaing lain.

Cara buat pelanggan beli produk

Cuba ajukan soalan ini kepada diri kita semua:

“Berapa bagus kita mengenali pelanggan?”.

Mungkin kita tahu umur atau kerjaya mereka. Namun informasi itu masih tidak cukup bagi menyediakan ayat content marketing yang menarik minat mereka.

Mari kita fokus balik. Bolehkah kita jawab soalan tadi dalam masa kurang 10 saat?

Usah risau. Kita boleh mula cari jalan mengenali pelanggan kita. Sudah tentu, apabila anda baca artikel ini hingga ke hujungnya.

Artikel ini seolah-olah mahu ‘berbisik’ kepada anda, 3 rahsia yang pelanggan mahukan daripada peniaga, sentiasa.

Jika kita kenal pelanggan dengan ‘intim’, lebih mudah mereka melaburkan duit mereka. Kepercayaan tidak lagi menjadi satu isu berat bagi mereka.

3 perkara buatkan pelanggan ‘intim’ dengan kita.

1. “Saya mahu rasa saya penting.” – Yang benar, pelanggan.

Ini merupakan poin penting dalam segalanya. Pelanggan mahu rasa diri mereka penting.

Ia merupakan asas motivasi pelanggan untuk mula merapatkan diri mereka kepada perniagaan kita. Cari perkara yang menaikkan nafsu pelanggan agar mereka rasa mereka cukup penting bagi kita.

Sebagai contoh, kita boleh raikan pelanggan dengan promosi istimewa khas untuk 100 pelanggan setia. Berikan tawaran ini secara personal melalui emel agar mereka rasa dihargai.

2. “Saya rasa tidak terjamin.” – Yang benar, pelanggan.

Perasaan tidak terjamin akan menjalar kepada perasaan tidak puas hati kepada diri seseorang itu. Tiapa siapa yang rasa 100% terjamin dengan diri sendiri.

Guna perasaan ‘tidak terjamin’ pelanggan bagi menyediakan ayat yang menjentik emosi dan tindakan mereka.

Contohnya, tidak semua orang mahu kuruskan badan dan didorong oleh sebab yang sama. Tugas kita adalah untuk cari sebab personal mengapa mereka hendak kuruskan badan. Apakah yang menjadi motivasi mereka?

3. “Betulkah anda faham masalah saya?” – Yang benar, pelanggan.

Fahami bahawa apa yang terjadi pada diri kita sekarang adalah disebabkan oleh sejarah kita. Pelanggan kita juga serupa. Mereka manusia biasa seperti kita semua.

Apakah sejarah pelanggan kita? Apa yang menyebabkan mereka tergolong dalam lembah pasaran kita? Jika kita sedang bantu peniaga kecil, apakah yang menyebabkan mereka mula berniaga?

Dengan meneliti sejarah pelanggan kita dalam pasaran, ia boleh bantu kita mengenal pasti poin ‘keras’ yang dicari. Gunakan poin itu dalam menyediakan content marketing yang berkesan untuk tarik minat mereka.

Kaedah content marketing berkesan dan untung RM3.3 juta.

Teknik content marketing ini diaplikasikan oleh perniagaan bernilai billion dolar.

…Mereka sudah untung USD 1 juta, bersamaan RM3.3 juta.

Kami sedang gunakan teknik ini. Hasilnya?

“WOW.”

Klik sini sekarang dan mula belajar teknik ini —>http://www.writetowealth.my/cmbuffer

Perhatian 1: Tidak cukup dengan 9 video? BONUS TAMBAHAN 2 video beserta 2 skrip jualan Facebook dengan PERCUMA.

Perhatian 2: Tawaran ini bakal tamat pada bila-bila masa. Tindakan segera diperlukan.

2 Comments
  1. Faris Azaki August 15, 2014 Reply
  2. ikhwan December 2, 2014 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *