10 Langkah peniaga produk kecantikan ini buat, untuk jana sales RM1.32 juta dalam masa setahun (tanpa stokis dan ejen)?

Amaran: Cerita benar dan ilmu yang anda akan belajar dalam post ini akan membantu anda rasa yakin untuk naikkan sales tanpa perlu bergantung sangat pada stokis dan ejen pada peringkat awal.

Sebelum tu… Boleh SHARE post ini sekarang?

(Bukan apa, supaya ramai rakan-rakan FB dapat manfaat daripada post ini)

SHARE post ini sekarang. Boleh?

Okay. Thank you. 🙂

Sekarang kita akan pergi kepada poin-poin penting yang boleh anda ambil sebagai iktibar.

Aiman (nama samaran) mempunyai mindset peniaga tipikal yang sangat berisiko. Dia baru keluarkan duit untuk buat produk sendiri.

Bila produk dah siap, tak boleh nak jual (kenal sesiapa yang pernah lalui benda yang sama?)

Lagi teruk, dah la tak reti nak jual produk sendiri… Lepas itu pergi buka peluang stokis dan ejen. Bukan main gebang lagi cerita dengan bakal stokis dan ejen bab untung besar bila jual produk dia.

Last-last… Stokis dan ejen mengamuk sebab produk memang susah nak jual. Keadaan jadi semakin parah.

Apa yang dia buat adalah berjumpa dengan kami dan ambil sesi consultation untuk klien premium.

Ini 10 nasihat dan langkah praktikal yang kami berikan kepada produk Aiman. Anda boleh ambil dan guna ilmu ini.

1. Sentiasa ingat, kenaikan sales bisnes tak ada kena mengena dengan menjual produk sendiri atau produk orang lain.

2. Jual produk sendiri lagi berisiko, lagi berbahaya dan lagi senang hangus duit kalau tak belajar asas-asas marketing.

3. Langkah pertama yang kami buat untuk Aiman adalah mendapatkan testimonial-testimonial pelanggan. Sebab produk ini produk baru, jadi tak bukti-bukti sahih yang produk ini berkesan langsung tak ada. Bila bukti tak ada, macam mana nak yakinkan pelanggan?

4. Aiman tak buat followup biasa-biasa. Aiman tak kumpulkan banyak testimonial. Cukup 5 testimonial saja dulu. Bak kata orang kampung, “Kualiti lebih baik daripada kuantiti.”

5. Aiman pilih rakan-rakan terdekat yang ada masalah produk dia selesaikan (eye bag). Apa yang dia buat adalah merekodkan proses dari awal customer dia mula pakai produk, sampailah nampak hasil yang produk itu janjikan.

6. Cukup 3 testimonial pertama yang memang kuat, Aiman pun mulakan perbincangan dengan kami untuk merancang kempen FB Ads secara berperingkat. Dia lancarkan lebih 10 kempen pertama untuk kenal pasti mana satu iklan yang memberikan sales yang power.

7. Sales mula nampak sinarnya. Daripada jualan RM10,000 sebulan, berkembang kepada RM100,000 sebulan. Sehinggalah pada tahun pertama beliau menjual produk, sales mencecah RM1.32 juta!

8. Yang paling menarik, Aiman tak gunakan stokis dan ejen untuk capai sales RM1 juta pertama. Tak cukup menarik, Aiman tahan dulu mana-mana stokis dan ejen yang berminat.

9. Bila produk kita terbukti bagus dan terbukti ramai customer nak beli, stokis dan ejen akan datang dengan sendiri (dan merayu). Jadi Aiman boleh demand dan mengelakkan perang harga berlaku dengan rakus di antara stokis dan ejen.

10. Tahun 2016, sales beliau mendekati RM3.2 juta. Aiman bermula dengan memahami cara menghasilkan iklan yang power supaya senang nak naikkan sales. Dari situ, dia mula simpan duit dan laburkan semula untuk buat pelbagai jenis kempen iklan.

(Amaran: Jumlah sales yang disebut, bukan jumlah untung bersih. Ia hanya sekadar jualan kasar).

Anda Mahu Belajar Ilmu Hasilkan Iklan Power Dari Kelas Sales Lab 2.0?

Dalam Kelas Sales Lab 2.0 bulan Februari 2017, kami akan kongsi dengan lebih spesifik bagaimana anda sendiri boleh hasilkan iklan power.

Nak belajar?

1 – SHARE post ini sekarang untuk sebarkan manfaat.

2 – Klik sini >> http://writetowealth.my/saleslab

(Gambar sekadar hiasan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *