6 Cara lambat dan payah jadi seorang jutawan (Tetapi terbukti berdasarkan realiti).

6 Realiti bisnes

Dharmesh Shah merupakan pengasas syarikat pemasaran Internet yang terkenal (dan juga menguntungkan). Mungkin ramai yang tahu syarikatnya iaitu Hubspot.

Dalam sebuah artikel yang beliau pernah tulis untuk laman web Entrepreneur, beliau menjelaskan 8 langkah susah dan lambat untuk menjadi seorang jutawan.

Cuma, kita akan belajar 6 sahaja langkah sebagai permulaan.

Cara ini mungkin nampak susah dan lambat. Tetapi kebanyakan masa, cara ini menjadi amalan usahawan berjaya yang kita nampak pada hari ini.

1) Tujuan murni sebelum, semasa dan selepas bergelar jutawan.

Berhenti melihat kejayaan daripada perspektif duit semata-mata. Duit itu bagus. Dalam masa sama, apabila duit menjadi sebuah obsesi, ia membuat kita lupa tujuan murni menjadi seorang jutawan.

Apakah tujuan murni itu? Membantu orang lain.

2) Membantu atau membantut.

Orang yang kaya dan berjaya mempunyai sifat yang sama. Mereka suka membantu orang ramai.

Jadi, mereka sanggup bersusah payah untuk mencari jalan supaya membantu orang lain berjaya.

Sebagai contoh, kita mempunyai sebuah bisnes.

Kita bersusah payah membantu pembekal, pekerja dalam syarikat sendiri, dan juga pelanggan.

Kerana kita tahu, kejayaan itu akan datang kepada kita apabila kita bantu golongan ini berjaya.

3) Tolong pelanggan atau ambil kesempatan?

Mempunyai matlamat untuk dapatkan pelanggan supaya dapat serap duit mereka seberapa banyak yang kita mampu, sangat berbeza dengan mempunyai matlamat untuk membantu pelanggan mencapai apa yang mereka mahu.

Tugas kita membina bisnes (dan juga hidup di dunia) adalah untuk membantu orang ramai, sebagus yang mungkin, dan sekerap yang mungkin.

Duit dan kejayaan? Mereka akan datang selepas kita buat perkara ini.

4) Duit sebagai alat, bukan matlamat.

Lihat duit sebagai alat terbaik untuk menambah nilai dalam hidup orang lain.

Kita ambil contoh bisnes sekali lagi. Orang bisnes yang berfikir seperti ini akan menganggap duit yang banyak boleh membantu:

  1. Menaiktaraf kualiti produk sedia ada.
  2. Mewujudkan produk baru yang dapat menyelesaikan masalah pelanggan yang lain.

Walt Disney mempunyai kata-kata yang menarik terhadap perkara ini,

“Kami tidak hasilkan cerita untuk buat duit. Kami buat duit untuk hasilkan lebih banyak cerita.”

5) Jadi hebat dalam 1 bidang.

Jangan tamak.

Mulakan satu perkara yang kita kuasai lebih baik berbanding orang lain. Kejayaan itu berpihak pada orang yang lakukan 1 perkara dengan sangat, sangat baik dan teliti.

Malah, golongan seperti ini memperoleh nilai penghormatan yang lebih tinggi.

Seperti kata Robert Herjavec,

“Be great at one thing. Be world class at one thing.”

6) Kenal pasti rutin harian untuk capai matlamat.

Kejayaan adalah matlamat. Rutin pula adalah aktiviti yang perlu kita lakukan untuk mencapai matlamat.

Rutin harian kita akan menentukan samada kita mampu mencapai matlamat atau sebaliknya.

Sebagai contoh, kita mahu tulis 1 buku yang mengandungi 200 muka surat. Maka rutin yang penting untuk kita tanam dalam diri adalah menulis 4 muka surat sehari.

Oleh yang demikian, penting untuk kita mengenal pasti dan memilih rutin yang berkualiti.

Peraturan utama apabila mahu memilih rutin adalah bertanyakan soalan ini,

“Adakah rutin ini dapat membantu aku mencapai matlamat?”

Melekat pada rutin itu. Jadikan ia sebagai makanan harian kita.

Jutawan bukan berlandaskan duit. Tetapi…

Melihat pada kejayaan Dharmesh Shah membangunkan jenama bisnes Hubspot sehingga hari ini merupakan satu inspirasi.

Walaupun nasihat yang beliau berikan untuk jadi jutawan ini nampak tidak seksi, namun beliau berpegang pada paksi realiti.

Realitinya, mencapai status jutawan itu bukan berlandaskan duit semata-mata. Seorang jutawan tulen biasanya mempunyai 6 kriteria seperti beliau sebutkan.

Mahu belajar teknik marketing bisnes yang boleh gandakan sales?

Jika anda suka baca artikel ini, anda pasti suka dengan eksperimen iklan yang kami buat untuk gandakan sales bisnes.

Hasil daripada eksperimen ini, kami memperoleh lebih 70% pulangan dari sudut jualan produk.

Klik di sini untuk download ebook & baca eksperimen.

4 Comments
  1. Atiqah June 30, 2015 Reply
    • Aqif Azizan June 30, 2015 Reply
  2. Azmir Ismail June 30, 2015 Reply
    • Aqif Azizan June 30, 2015 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *