3 Langkah close sale ini membantu usahawan di Malaysia menjual minimum 23,765 unit produk dalam masa 12 bulan? Baca dan buat sekarang.

Macam mana nak bantu prospek membeli dalam keadaan 99% emosi?

Jawapannya: Luahan perasaan.

Saya nak berkongsi cerita Tuan Nuser (nama samaran).

Dia jual produk kecantikan. Dia tak ada masalah iklan sangat. Tapi dia ada masalah close sale.

Dapat saja prospek, dia berbual panjang, kemudian prospek itu tinggalkan dia tanpa respon dan cuba teka apa yang paling kejam?

Prospek tak lakukan pembelian.

Kenapa isu ini berlaku, dan akan kerap berlaku jika kita tak melakukan sesuatu?

Kerana kita gagal mencipta perbualan yang dapat membangkitkan emosi.

Soalannya, bagaimana untuk bangkitkan emosi prospek ketika usaha kita untuk close sale menerusi Whatsapp?

Jawapan asas: Membiarkan prospek ‘meluahkan’ masalah yang terpendam dalam hati, berkaitan dengan produk yang kita jual.

Jawapan dalam bentuk taktikal: Kita mencipta perbualan dengan memberi pilihan supaya ia dapat meringankan ‘tangan’ prospek untuk menaip apa yang terbuku dalam isi hati.

Apa langkah praktikal yang boleh kita buat?

Langkah 1 – Kenal pasti apakah maklumat yang dapat bantu kita bangkitkan ’emosi’ prospek apabila menjual.

Contoh?

Kita jual produk kecantikan wanita. Antara maklumat beremosi yang penting untuk kita dapatkan daripada prospek adalah:

“Kenapa dia mahu turunkan berat badan?”

Tapi, kita tak boleh tanya secara direct. Kerana prospek kita sendiri tak tahu macam mana nak jawab soalan itu secara direct a.k.a rasional.

Langkah 2 – Eksperimen cara kita bertanya soalan dan memberi pilihan ketika berkomunikasi dengan prospek.

Kata kunci di sini adalah eksperimen.

Kita tak akan terus jumpa jawapan dalam sekali cuba. Tapi kita mesti cuba berkali-kali dengan cara berbeza untuk dapatkan jawapan.

Izin kami bagi 1 contoh:

Kalau kita jual produk kecantikan wanita, kita ada minimum 2 kaedah untuk tanya prospek kenapa dia mahu turunkan berat badan.

Cara pertama:

“Boleh saya tahu kenapa cikpuan nak turunkan berat badan?”

Cara kedua:

“Sebelum ini customer kami namanya Aini cakap dia beli dan berpuas hati dengan produk kerana sebelum ini doktor dah cakap dia berada dalam kategori obes yang agak kritikal.

Saya cuba nak faham keadaan cik supaya saya boleh bantu cik untuk buat keputusan yang terbaik samada cik perlu beli produk ini atau patut tangguh dulu.

Cik mahu turunkan badan sebab dulu pernah ada berat badan idaman, atau cik dah ada masalah kesihatan yang kritikal?

Contohnya, macam testimonial kami baru-baru ini. Boleh rujuk gambar.

(Attach 1 testimonial customer berpuas hati lepas guna produk)

Cuba teka cara mana satu yang dapat bangkitkan emosi prospek kita untuk meluahkan masalah mereka?

Langkah 3 – Bila anda akan tahu kaedah anda bertanya itu berkesan atau hambar?

Bila anda berjaya korek jawapan yang langsung tak ada kena mengena dengan rasional.

Bila anda berjaya dapat perkongsian yang spesifik sehingga ia boleh dijadikan sebagai novel sadis yang penuh emosi.

Ketika itu, anda berjaya bukan saja dapat luahan perasaan prospek.

Anda juga akan dapat kepercayaan dan keyakinan pada tahap yang paling tinggi. Hanya orang yang percaya pada kita saja akan berkongsi luahan hati.

Apabila anda sudah jumpa cara bertanya yang berkesan, sekarang tiba masanya untuk jadikan ia sebahagian daripada sistem close sale anda.

Ini adalah salah satu taktik yang digunakan oleh klien kami untuk menjual minimum 23,765 unit produk dalam masa 12 bulan.

Tanpa ejen. Tanpa stokis. Hanya dia dan staf-staf close sale.

Adakah anda mahu belajar hasilkan lebih banyak skrip close sale yang berkesan, dan mampu jimatkan masa dan wang anda untuk buat prospek membeli dengan lebih cepat?

Kami ada sediakan Video Panduan Hasilkan Skrip Close Sale Berkesan.

Jaminan kami, bukan sales anda terus naik.

Tapi jaminan kami anda boleh tiru cara sistematik yang kami gunakan sampai hari ini untuk hasilkan lebih 100+ skrip close sale untuk:

1. Staf close sale.

2. Stokis.

3. Ejen.

Klik sini sekarang untuk beli & download Video Panduan Hasilkan Skrip Close Sale Berkesan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *