Content Marketing – Bermula Dengan Produk atau Pasaran?

Siri Content Marketing - Write to Wealth

Content marketing adalah strategi pemasaran yang segar dan mesra pelanggan. Ia mula diamalkan sekitar tahun 1997.

Salah seorang pengamal content marketing iaitu Brian Clark, telah mengamalkan strategi ini sejak tahun 1998.

Maksud Mesra-Pelanggan

Pendekatan mesra-pelanggan merujuk kepada respon daripada pelanggan, apabila melihat kempen pemasaran atau iklan yang kita hebahkan.

Pendekatan ini adalah pendekatan yang menguntungkan. Pelanggan suka, pelanggan percaya, pelanggan seronok bagi duit ke dalam akaun bank bisnes kita.

Bermula Dengan Produk atau Pasaran?

Soalan yang kerap diajukan berkaitan dengan pendekatan content marketing adalah,

“Bagaimana mahu mulakan kempen content marketing? Adakah kita perlu kaji produk atau pasaran terlebih dahulu?”

Content marketing boleh diselaraskan untuk kedua-duanya iaitu:

  • Analisis pasaran – Tahu apa yang pelanggan mahu.
  • Analisis produk – Tahu bagaimana produk boleh membantu.

Perkara utama adalah mengenal pelanggan. Apabila kita sudah kenal pelanggan, maka mudah untuk kita tahu, faham dan berikan apa kemahuan pelanggan.

Cara paling mudah adalah dengan bertanya.

Soalan Adalah Masalah

Dalam buku-buku bisnes, seminar keusahawanan dan pelbagai lagi sering menyatakan, masalah adalah peluang dan lubuk duit untuk bisnes.

Masalah itu muncul apabila pasaran atau pelanggan mempunyai soalan yang mengikut gaya bahasa mereka.

Sebagai contoh,

“Adakah terdapat pakaian renang wanita yang menutup aurat dan tidak ketat?”

Daripada soalan ini, kita boleh gunakan analisis IE (Identify & Extract), untuk dapatkan potensi produk yang laku dijual kepada pelanggan.

Berdasarkan soalan di atas, pelanggan mahukan:

  • Pakaian renang wanita yang tutup aurat.
  • Pakaian renang wanita yang tidak ketat.

Lebih spesifik soalan, lagi berkualiti analisis IE kita. Apabila analisis kita lebih berkualiti, maka lebih mudah untuk kita menstrukturkan kempen content marketing yang mesra pelanggan.

Tugas Content Marketer – Menjawab Soalan Secara Percuma

Content marketer (Pengamal content marketing) menjadikan analisis IE sebagai modal idea, untuk kempen-kempen mereka.

Setiap soalan yang benar-benar keluar daripada mulut pelanggan, adalah modal idea pemasaran yang mahal. Content marketer memberikan jawapan kepada setiap soalan dengan percuma.

Contohnya, untuk soalan berkaitan dengan pakaian renang yang menutup aurat dan ketat, content marketer akan senaraikan jawapan yang dapat menimbulkan kepercayaan pelanggan terhadap mereka.

Antara jawapan itu adalah:

  1. Jenis kain yang sesuai digunakan untuk pakaian renang wanita versi tutup aurat wanita.
  2. Jarak harga minimum dan maksimum untuk pakaian renang yang menutup aurat wanita.
  3. Senarai penjual produk pakai renang wanita yang tutup aurat dan tidak ketat.

Jawapan-jawapan di atas akan distruktur, ditulis dan dijawab dengan baik oleh content marketer berdasarkan kemahiran yang tersendiri.

Belum Daftar Bengkel Content Marketing Mastery?

Bengkel Content Marketing Mastery akan tunjukkan kajian kes, bagaimana content marketing mampu membuatkan jualan bisnes kita menjadi lebih kebal.

Strategi pemasaran ini menggunakan strategi pemasaran versi mesra-pelanggan.

Dalam bengkel ini, para peserta akan ditunjukkan secara praktikal untuk menghasilkan kempen content marketing yang berpengaruh.

Pendaftaran peserta Bengkel Content Marketing Mastery adalah terhad dan akan tutup pada bila-bila masa dari sekarang.

Daftar secara online menerusi laman web di bawah:

Saya Mahu Daftar Sebagai Peserta – Bengkel Content Marketing Mastery
(Klik Sini Sekarang)

4 Comments
  1. Faisal Reza Rahman September 3, 2013 Reply
  2. Yatinordin September 4, 2013 Reply
  3. safwan seth September 11, 2013 Reply
  4. HafizRahman September 11, 2013 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *