Content Marketing vs Facebook Ads

Content marketing dan Facebook Ads tidak bergaduh.

Siri Content Marketing - Write to Wealth

Mereka adalah kawan karib. Kedua-duanya saling memerlukan bagi memantapkan ekosistem masing-masing.

Facebook bergerak sebagai penempatan dalam bisnes.

Facebook Adalah Penempatan, Bukan Senjata Pemasaran

Dalam Facebook, ada bilion pengguna yang melayarinya setiap hari di seluruh dunia.

Pihak Facebook memperdagangkan pengguna-pengguna ini dari aspek data mereka. Data pengguna Facebook dijual kepada pemilik bisnes.

Satu daripada cara laman sosial menjual data adalah menerusi pengiklanan.

Facebook Ads dan Pemilik Bisnes

Dalam konteks Facebook, namanya adalah Facebook Ads (Advertising).

Apabila pemilik bisnes mahu beriklan, mereka perlukan data yang spesifik, bagi mengukur potensi dan return of investment (ROI) bagi setiap duit yang mereka labur.

Semua pemilik bisnes mahu untung. Mereka tidak mahu duit iklan terbakar dan langsung tidak berikan pulangan.

Justeru itu, Facebook bertindak sebagai penempatan sahaja. Ia tidak berperang dengan content marketing.

Content Marketing Bergerak Sebagai Senjata

Content marketing melengkapkan Facebook Ads.

Pemilik bisnes yang menggunakan pendekatan content marketing, berpotensi untuk melihat respon-respon berikut daripada pengguna Facebook terhadap iklan Facebook Ads mereka:

  1. Jumlah LIKE meningkat.
  2. Jumlah SHARE meningkat.
  3. Jumlah SALES meningkat.

Content marketing menggunakan formula USA.

U – Understand.

Kita belajar bagaimana untuk memahami bahasa pelanggan.

Memahami bahasa pelanggan sangat penting. Setiap pelanggan mempunyai vokabulari dan bahasa yang berbeza, untuk menjelaskan masalah mereka.

Sebagai contoh, kita menjual Powerbank.

Pelanggan kategori pelajar universiti menggunakan bahasa berikut untuk membuat keputusan pembelian:

  1. Adakah harga powerbank itu rendah dari RM100?
  2. Adakah powerbank itu sama taraf dengan jenama XYZ yang terkenal walaupun harganya murah?

Pelanggan kategori eksekutif pula menggunakan lenggok bahasa yang berbeza:

  1. Berapa banyak pilihan design & warna?
  2. Adakah Powerbank ini muat untuk masuk ke dalam beg galas (wanita)?

Setiap pelanggan mempunyai citarasa yang berbeza terhadap 1 produk.

Cara menjual ayam kepada makcik kantin berbeza dengan menjual ayam kepada pembekal di pasar borong.

S – Solve.

Pendekatan-pendekatan marketing yang diajar oleh barang adalah memanipulasikan sesuatu.

Content marketing pendekatannya berbeza. Kita mewujudkan kempen yang boleh mempengaruhi orang.

Persuade dan manipulate adalah dua lorong yang berbeza.

Kempen pemasaran yang berpengaruh, akan membantu pelanggan untuk membuat keputusan membeli yang bijak.

Dalam kajian kes Powerbank, kita menjawab soalan spesifik pelanggan. Contohnya, untuk pelajar:

  1. Kita jelaskan berapa harga Powerbank, dan berapa banyak diskaun yang boleh diturunkan.
  2. Beritahu ciri-ciri yang ada Powerbank, dan kaitkan dengan Powerbank berjenama yang sedia ada.
  3. Maklumkan bahawa diskaun ini adalah diskaun untuk pelajar universiti sahaja.

A – Authority.

Authority adalah kredibiliti.

Bisnes yang mempunyai nilai kredibiliti yang tinggi, tidak perlu susah-susah untuk buatkan orang beli produk mereka.

Jual apa sahaja produk, pelanggan-pelanggan mereka tetap suka bagi duit.

Content marketing adalah teknik marketing yang mencetuskan autoriti. Kita faham keperluan pelanggan,

kita selesaikan masalah mereka pada peringkat pertama, kemudian pelanggan sudah ada gambaran “Gred A” pada bisnes kita.

Sudah Daftar Bengkel Content Marketing Mastery?

Bengkel Content Marketing Mastery akan tunjukkan kajian kes, bagaimana content marketing mampu membuatkan jualan bisnes kita menjadi lebih kebal.

Strategi pemasaran ini menggunakan strategi pemasaran versi mesra-pelanggan.

Dalam bengkel ini, para peserta akan ditunjukkan secara praktikal untuk menghasilkan kempen content marketing yang berpengaruh.

Pendaftaran peserta Bengkel Content Marketing Mastery adalah terhad dan akan tutup pada bila-bila masa dari sekarang.

Daftar secara online menerusi laman web di bawah:

Saya Mahu Daftar Sebagai Peserta – Bengkel Content Marketing Mastery
(Klik Sini Sekarang)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *