4 Formula bangkitkan sales Facebook Ads

Menurut pakar copywriting, apabila iklan di Facebook kita kurang menyengat dari sudut sales, maka penting untuk kita ubahsuai 4 variables berikut:

Facebook Ads - Formula tingkatkan sales

1) Targeting.

Siapa pelanggan kita?

Jawapan ini akan menentukan sama ada iklan kita ini tepat ke sasaran atau sebaliknya.

Tidak ada istilah, “Semua orang pelanggan aku.”

Kenal pasti siapa sasaran pelanggan kita sedalam yang mungkin.

2) Headline.

Pakar-pakar dalam dunia marketing & advertising semua bersetuju bahawa,

“Headline (tajuk iklan) memainkan peranan lebih 80%.”

Bagaimana menulis headline yang bagus?

Jawapannya: Berbalik semula kepada variable pertama iaitu targeting. Lain pelanggan, lain mesej yang perlu kita sampaikan.

Orang muda beli kereta lain sebabnya. Orang tua beli kereta lain sebabnya.

Sentiasa berani ubahsuai tajuk kita dari semasa ke semasa ikut kesesuaian pelanggan.

3) Body.

Apabila pelanggan sudah seronok baca tajuk, maka tiba masanya untuk mereka baca isi iklan Facebook Ads kita.

Bantu pelanggan untuk cepat faham mesej yang kita mahu sampaikan.

Mudahkan pembacaan, tulis dengan bahasa yang senang faham, dan sentiasa menulis dari kaca mata pelanggan.

Pelanggan mahu tahu apa yang mereka dapat. Spesifik.

4) Picture

Gambar adalah elemen visual.

Elemen ini, sangat penting dalam Facebook Ads. Gambar yang bagus adalah gambar yang:

  1. Sangat berkait dengan tujuan iklan.
  2. Sangat berkait dengan pelanggan.
  3. Unik, humor atau 100% berbeza dengan iklan lain.

Berminat nak belajar teknik menulis iklan untuk naikkan sales bisnes?

Kita sudah belajar ilmu bisnes. Poin kelima adalah poin yang paling penting iaitu marketing.

Jika anda mahu belajar ilmu marketing dan penulisan iklan, yang boleh membantu sales bisnes anda pecah rekod setiap bulan, maka panduan ini dapat membantu.

Ia ditulis khas untuk usahawan di Malaysia yang mahu belajar ilmu penulisan iklan yang mampu gandakan sales.

Klik sini untuk download ebook anda (Kuota dan harga TERHAD).

 

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *