3 Faktor yang menyebabkan usahawan jual bisnes mereka.

Faktor jual bisnes

Ada pelbagai sebab pemilik bisnes mahu jual bisnes mereka.

Menurut Andy Greenberg, CEO GF Data, ramai pemilik bisnes kecil kian giat jual bisnes mereka. Namun, soalan yang lebih penting adalah:

‘Kenapa mahu jual bisnes tersebut?’.

Artikel Forbes oleh Shama Hyder berikan 3 sebab yang berkaitan dengan topik ini.

1. Harga jual bisnes semakin melonjak naik.

Ramai pelabur semakin berani melabur kepada bisnes kecil.

Ini kerana, zaman sudah mula berubah. Banyak koperasi dan pemilik ekuiti sudah mula lapar untuk beli bisnes yang ada portfolio bagus.

Menurut laporan PitchBook, harga jualan bisnes semakin naik jika dibandingkan pada tahun 2012 dan 2013.

Ini merupakan petanda baik kepada mereka yang mahu jual bisnes.

2. Jual bisnes semasa permintaan tinggi.

Masa yang paling baik jual bisnes adalah semasa permintaan melonjak naik. Ia pengaruh jualan bisnes kita daripada sudut harga dan permintaan.

Jual bisnes apabila harga yang ditawarkan tinggi. Tunggu, dan kita bakal hilang peluang itu.

Selagi ada peluang dan ada yang minat mahu beli, guna peluang ini sebaiknya. Peluang yang baik, jarang datang dua kali.

3. Faktor umur dan masa.

Majoriti pemilik bisnes persendirian lahir selepas perang dunia ke-2. Kebanyakan umur mereka sudah cecah lebih 60 pada tahun ini.

Mereka sudah mula fikirkan, apa yang mereka mahu lakukan seterusnya dalam hidup mereka. Tidak ramai orang mahu terus bekerja selepas cecah umur 60 tahun.

Dengan jual bisnes, mereka boleh pencen dan dapatkan duit yang banyak.

Sudah tiba masa luangkan masa yang ada bersama cucu kesayangan mereka.

Formula jual bisnes harga RM 30,000.

eBook ini beri ilmu bagaimana pemilik bisnes ini jual bisnes beliau – yang kurang 12 bulan – pada harga RM 30,000.

Klik sekarang –> http://www.writetowealth.my/trading/jualbisnes/

P/S: Harga bakal naik pada bila-bila masa.

One Response
  1. Amir September 30, 2014 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *