Dua formula ini akan buat kos iklan bisnes jadi PERCUMA.

Cara jadikan kos iklan percuma

Saya belajar dua perkara penting daripada salah seorang mentor marketing di luar negara, iaitu Ryan Deiss.

Ia sedikit sebanyak membantu saya untuk fokus pada elemen-elemen penting dalam bisnes, yang dapat membantu menggemukkan duit bisnes secara berperingkat.

Dua perkara penting ini adalah:

1) COA (Cost of Acquisition).

2) ICV (Immediate Customer Value).

Penerangan ringkasnya seperti berikut:

1) Cost of Acquisition.

Berapakah kos yang bisnes kita perlu keluarkan duit dapat seorang pelanggan?

Apakah cara terbaik untuk kurangkan kos ini?

Antaranya adalah meningkatkan conversion rate iaitu jumlah peratus (%) prospek bertukar jadi pelanggan.

Jangan fokus pada dapatkan klik yang murah di Facebook Ads. Ia tidak membantu kita untuk mengembangkan bisnes.

Selain daripada conversion rate, fokus juga pada pembinaan jenama bisnes. Apabila jenama bisnes kuat, kos yang perlu dikeluarkan untuk dapatkan seorang pelanggan boleh dikurangkan pada kadar yang drastik.

2) Immediate Customer Value.

Bayangkan situasi begini,

Kita sudah tahu kos yang perlu kita keluarkan untuk dapatkan pelanggan.

Soalan kedua pula: Berapakah jumlah transaksi yang berlaku daripada pelanggan kita secara serta merta?

Sebagai contoh, kita sudah keluarkan kos sebanyak RM10 untuk dapatkan seorang pelanggan.

Untung bersih daripada seorang pelanggan yang membeli produk kita adalah RM100.

Maka, nilai immediate customer value kita adalah RM90 (RM100 – RM10).

Ada dua sahaja indikator yang bagus untuk nilai immediate customer value: Nilai sama dengan COA atau melebihi COA.

Jika kurang, maka kita perlu ubahsuai sesuatu dalam kempen pengiklanan dan marketing. Atau kita boleh lakukan taktik-taktik untuk menambah jumlah transaksi seperti upsell, downsell, cross sell dan sewaktu dengannya.

Kos dapatkan pelanggan dapat bantu kurangkan beban bisnes.

Dua perkara ini sangat penting sekiranya kita mahu merancang kempen pengiklanan dan marketing dari skala kecil hingga skala yang besar.

Ia juga boleh dijadikan sebagai kayu pengukur untuk kira ROI (return of investment) atau pulangan bagi setiap kos iklan yang kita keluarkan.

Jika nilai immediate customer value sentiasa konsisten melebihi cost of acquisition, maka sebenarnya kita telah mencapai satu tahap beriklan secara percuma.

Mahu naikkan sales? Anda pasti suka ilmu marketing ini.

Jika anda suka baca artikel ini, anda pasti suka dengan eksperimen iklan yang kami buat untuk gandakan sales bisnes.

Hasil daripada eksperimen ini, kami memperoleh lebih 70% pulangan dari sudut jualan produk.

Klik di sini untuk download ebook & baca eksperimen kami.

One Response
  1. Dr Fattah July 22, 2015 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *