Bagaimana 1 Alat Pemasaran Hasilkan USD200,000 Dalam Masa 30 Hari

200 Ratus Ribu SMS MarketingEmail marketing adalah alat pemasaran.

Seperti Facebook, flyers dan sewaktu dengannya, ia bergerak sebagai ruang untuk memperkenalkan produk atau servis yang kita jual.

Di Malaysia, email marketing atau pemasaran emel masih lagi dianggap teruna dan dara (baru), dari perspektif pemilik bisnes.

Hanya 13%

Di negara luar, pemasaran emel dianggap sebagai satu alat wajib untuk mempromosikan bisnes. Dalam masa sama, alat ini semakin ke arah jalan kegelapan.

Kajian kes daripada Derek Johnson mendapati, peluang untuk prospek membaca emel yang kita hantar adalah 13% sahaja.

Ini bermakna, jika kita mempunyai 1,000 emel pelanggan secara sah, emel kita hanya sampai kepada,

“130 orang sahaja.”

Ini bermakna, ruang emel sudah menjadi sempit dan tidak dipedulikan oleh para pelanggan.

Masih Ada Lagi Harapan 99%?

Lagi ramai baca kempen promosi, lebih tinggi peluang untuk kita menghasilkan jualan yang besar.

“Sebelum ini, pemasaran emel dianggap sebagai satu senjata mahal oleh pemilik bisnes. Situasi sudah berubah. Pelanggan semakin kurang berkenan untuk berhubung menerusi emel.”

Ini adalah kata-kata daripada Derek Johnson. Beliau adalah pengasas perisian SMS marketing iaitu Tatango.

Tambah beliau lagi, “Namun ada satu alat pemasaran yang meningkatkan peluang untuk 99% pelanggan kita dapat baca kempen promosi yang kita lancarkan.”

Alat itu adalah SMS. Atau sistem pesanan ringkas.

USD200,000 Dalam Masa 30 Hari

Apabila beliau menyusun semula strategi promosi menerusi SMS untuk Seattle Sun Tan, ini hasil yang berjaya diperoleh:

  1. 4,750 pelanggan memberikan nombor telefon dan data penting secara sukarela.
  2. Dalam masa 30 hari melakukan kempen, syarikat ini berjaya menghasilkan keuntungan bersih sebanyak USD200,000.

Berdasarkan hasil yang memberangsang ini, terdapat 3 elemen yang menjelaskan bagaimana SMS marketing kini menjadi alat penting untuk para pemilik bisnes di luar negara, termasuk Malaysia.

#1 – Kadar Semakan

Kadar semakan bermaksud bagaimana pelanggan kemaskini untuk dapatkan info baru.

Tidak semua pelanggan akan buka emel setiap pagi. Malah, majoriti pelanggan akan buka emel setiap minggu atau bulan sahaja.

Apabila menggunakan pemasaran SMS, situasi begini tidak berlaku.

Dalam masa kurang 3 minit SMS dihantar, pelanggan akan terus dapat tahu apakah perkembangan terbaru bisnes kita.

#2 – Baca Dahulu, Buang Kemudian

Apabila kita buka akaun emel, ini tindakan lazim yang dilakukan:

  1. Baca tajuk dahulu.
  2. Jika berkenan dengan tajuk, baru baca isi kandungan emel itu.

Tajuk memainkan peranan yang penting. Tidak semua pemilik bisnes berkemampuan menghasilkan tajuk emel yang kreatif, inovatif dan mampu menarik perhatian.

Dalam pemasaran SMS, menulis tajuk yang bagus adalah alternatif.

Apabila pelanggan buka telefon untuk baca SMS, ini tindakan lazim yang mereka akan lakukan:

  1. Telefon berdering menandakan ada SMS masuk.
  2. Pelanggan baca SMS itu terlebih dahulu.
  3. Jika isi kandungan SMS itu bagus, maka pelanggan akan terus baca dan bertindak.
  4. Jika sebaliknya, mereka akan buang SMS itu serta merta.

Dalam erti kata lain, apabila gunakan pemasaran SMS, pelanggan akan baca kempen kita terlebih dahulu.

#3 – Kurang Beban

Mempunyai alat pemasaran emel ibarat kita menanggung installment bisnes secara bulanan.

Sebagai contoh, kita ambil servis pemasaran emel daripada Aweber.

Setiap bulan, kita menanggung kos serendah USD19 dan harga meningkat selaras dengan jumlah emel yang kita ada.

Pemasaran SMS berbeza. Kita hanya bayar apabila mahu pakai.

Dalam kes biasa, apabila kita mahu hantar SMS kepada pelanggan, kos akan ditolak menerusi servis telco sedia ada.

Seni Hasilkan USD200,000 Dengan SMS Marketing

Sebagai pemilik bisnes, kedua-dua alat (pemasaran emel dan SMS) adalah penting.

Kita mahu gunakan segala jenis alat yang ada untuk sampaikan mesej kepada pelanggan.

Untuk belajar seni merangka kempen pemasaran SMS yang mampu menghasilkan jualan besar untuk produk dan servis, sila download audio, “Strategi SMS Jualan 7 Angka.”

Klik sini –>> Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang audio Strategi SMS Jualan 7 Angka.

4 Comments
  1. Strategi Pemasaran November 4, 2013 Reply
  2. Ahmad May 22, 2014 Reply
  3. Zara Raudhah May 22, 2014 Reply
  4. azhaan July 27, 2014 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *