Mahu deraskan jualan bisnes Internet? Guna 6 tip copywriting ini sebagai permulaan.

Kredit foto: www.ideas4earning.com

Kredit foto: www.ideas4earning.com

 

Copywriting yang baik berkuasa buat jualan bisnes tampak segak dan tampan.

Boleh dikatakan, copywriting yang dikarang adalah asas meningkatkan trafik dan jualan. Ia adalah perkara biasa.

Nota: menulis copywriting yang menjual merupakan kerja yang mencabar.

Jika copywriting tidak berhubung dengan pelanggan serta buat mereka hendak membeli, bisnes kita masih belum menyerlahkan potensinya yang sebenar.

Kita boleh belajar hasilkan copywriting yang menjual. Vitaly Friedman (editor Smashing Magazine) kongsikan 6 tip copywriting tingkatkan prestasi jualan bisnes Internet.

Tip #1 – Beri perhatian kepada format penulisan.

79% pembaca ‘scan’ perkataan daripada baca keseluruhan ayat di Internet.

Kita boleh aplikasi data ini kepada copywriting kita.

Maksudnya, lebih pendek dan ringkas, lebih bagus dan berkesan copywriting kita buat jualan.

Gunakan kombinasi ‘bullet point’ dalam copywriting. Ia berkesan menonjolkan diskripsi produk secara jelas dan berkesan, serta mudah dibaca.

Objektif utama kita: memudahkan bacaan pelanggan tanpa bazirkan banyak masa mereka.

Tip #2 – Tulis copywriting yang jelas dan mudah dihadam pelanggan.

Perkara yang boleh kita elakkan bagi mencipta copywriting yang menjual dengan berkesan:

  • Elakkan menulis ayat yang panjang. Ini akan beri kesan buruk kepada proses penghadaman oleh pelanggan. Ia juga ganggu kesan persuasif agar pelanggan beli produk yang dijual.
  • Sampaikan maksud yang jelas kepada pelanggan. Tidak digalakkan guna jargon atau ayat bersifat eksotik. Ia hanya akan ganggu pemahaman pelanggan.

Gunakan:

  • Perkataan yang jelas, pendek dan padat. Copywriting bersifat mudah difahami oleh sesiapa yang membaca.
  • Tulis copywriting guna ayat aktif. Contoh seperti: ‘Produk ini merupakan antara yang terbaik pernah wujud’. Ia cukup jelas dan senang dihadam pelanggan, serta mudah meyakinkan pelanggan membeli.

Penggunaan perkataan yang pelanggan selalu guna adalah salah satu kunci menjual dengan mudah.

Tip #3 – Elakkan kesilapan dalam copywriting yang dibina.

Guna copywriting di halaman produk. Tanpa copywriting di bahagian ini, kita sudah merugikan peluang mengekspresikan kelebihan produk dan membina kepercayaan.

Selain itu, beri perhatian kepada ton suara yang digunakan. Ini akan buatkan pelanggan rasa selesa dan selamat ketika baca tawaran yang kita berikan.

Bina copywriting yang tepat dengan budaya lokal. Pasakkan gaya fikir ‘cultural sensitivity’ dalam minda kita. Jangan guna ‘translation’ yang terlalu ‘direct’ (seperti guna Google Translate).

Elakkan perkara ini:

  • Tidak perlu berlebih-lebih promosikan produk. Lebih baik bersikap jujur sahaja. Risau akan beri impak tidak baik kepada kepercayaan pelanggan.
  • Elakkan cipta benda baru yang sudah pelanggan biasa guna. Perkataan seperti ‘contact us’ dan ‘add to basket’ bagaikan sudah lali digunakan pelanggan untuk membeli di Internet.

Tip #4 – Keraskan kepercayaan pelanggan.

Kajian Forrester membuktikan 20% pelanggan tidak jadi membeli kerana ‘shipping cost’ yang tidak jelas.

Sekarang, kita sudah tahu. Mari kita raikan data ini dan aplikasikan dalam copywriting kita.

Tulis copywriting yang baik daripada segi tatabahasa dan ejaan. Ia sebagai penanda kredibiliti kita.

Jika kita tidak laburkan masa cipta copywriting yang bebas kesilapan daripada sudut ini, risau pelanggan juga tidak mahu laburkan masa dan duit mereka kepada kita.

Tanam gaya fikir ini: Kita mahu pimpin tangan pelanggan pelanggan hingga ke penghabisan proses pembelian. Jelaskan cara bayaran dan sebagainya. Mereka mahu jelas kepada perkara seperti ini.

Tip #5 – Buat lebih daripada perkara asas.

Jelaskan diskripsi produk secara ‘straightforward’ serta informatif. Bahagian ini tidak sepatutnya membosankan pelanggan.

Ia sepatutnya dijelaskan secara positif dan beri inspirasi kepada pelanggan. Aplikasi kreatif boleh digunakan ikut kesesuaian.

Copywriting yang informatif berkesan lekatkan pelanggan agar sentiasa mengunjungi website atau blog kita. Kemudian, yakinkan mereka beli produk yang kita jual.

Imej produk yang kuat boleh bantu kuatkan pandangan positif pelanggan agar beli daripada kita.

Semuanya bakal terjadi dengan gabungan copywriting yang bertindak sebagai sokongan produk yang dijual.

Tip #6 – Selangkah lebih daripada pesaing.

Kaji SEO dan hubungkan ia kepada struktur blog atau website kita.

Setiap bahagian seperti kategori, jenama dan ‘product page’ adalah lebih elok dijelaskan guna copywriting yang unik.

Bermaksud, kita boleh jelaskan guna copywriting yang fokus secara spesifik kepada setiap bahagian ini.

Jika kita ada sistem ‘affiliate’, berikan mereka copywriting khas yang boleh beri kesan positif kepada SEO.

Ini berkesan memudahkan prospek (bakal pelanggan) cari website atau blog kita di Google. Tidak perlu pandang rendah kepada pesaing. Cuma, buat lebih baik daripada mereka.

3 Comments
  1. ikhwan December 10, 2014 Reply
    • Asyraf Azizan December 10, 2014 Reply
  2. Zaini January 4, 2015 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *