11 Peraturan penting sebelum gunakan Mudah.my untuk berjumpa 5.2 juta bakal pelanggan.

Peraturan penting sebelum beriklan di Mudah

“Sebulan lebih kurang 5.2 juta manusia yang masuk ke laman web Mudah.my untuk membeli dan menjual.” – Umar Taib.

Sebelum saya cerita tentang cara berkesan untuk marketing di Mudah.my, izin saya berkongsi 1 berita menarik.

Sahabat bisnes saya, Tuan Umar Taib baru sahaja lancarkan panduan untuk buat marketing dari 0 sampai dapat ramai pelanggan, hanya menggunakan channel Mudah.my.

Klik sini untuk dapatkan maklumat lanjut (Tawaran DVD ini akan tutup tak lama lagi).

Bagaimana gunakan Mudah.my untuk dapatkan ramai pelanggan?

Okay. Berita tamat.

Sekarang berbalik pada matlamat utama artikel ini iaitu membantu bisnes anda dapat lebih ramai pelanggan menggunakan Mudah.my.

Ada 11 perkara yang kita perlu tahu tentang peraturan iklan di Mudah.my.

Kalau kita faham 11 peraturan ini, iklan kita senang dapat pelanggan.

Peraturan ini 100% tulen.

Saya dapat info ini daripada laman web Mudah.my sendiri. Ini bermakna, maklumat ini 100% tepat dan tulen.

11 peraturan penting sebelum iklankan produk anda di Mudah.my adalah:

1) Iklan hanya untuk bisnes sendiri.

Kita tidak boleh buat iklan untuk orang lain. Iklan yang kita buat di Mudah.my hanya untuk bisnes kita sendiri.

Iklan yang nampak meragukan tanpa ada tawaran yang jelas tidak akan dapat kelulusan mereka.

2) 5 Tajuk iklan yang Mudah.my benci.

Jangan letak tajuk iklan yang mempunyai unsur manipulasi dan sewaktu dengannya.

Tajuk iklan perlu menjelaskan produk atau apa yang kita iklankan.

Tajuk iklan di Mudah.my tidak boleh ada perkataan yang mengandungi elemen seperti berikut:

1) Harga.

2) Gaji.

3) Ayat promosi seperti, “Diskaun”, “Best deal” dan sebagainya.

4) Nombor untuk dihubungi.

5) Sebarang perkataan yang tidak berkaitan langsung dengan produk yang diiklankan.

3) Jangan ambil penerangan produk orang lain.

Apabila menulis di bahagian penerangan produk (Product description), kita tidak boleh ambil ayat daripada pengiklan yang lain.

Ia menyalahi undang-undang hakcipta.

Kita juga tidak boleh bawa pelanggan ke laman web marketplace yang lain selain Mudah.my.

4) Hanya iklan bahasa Melayu dan…

Hanya iklan yang menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja dibenarkan di Mudah.my.

5) Pilih kategori yang betul.

Letakkan iklan produk atau servis kita pada kategori yang bersesuaian. Ini dapat memudahkan bakal pelanggan melakukan carian apabila mereka gunakan Mudah.my untuk membeli sesuatu.

6) Hanya 1 iklan untuk 1 produk.

Tidak boleh jual lebih daripada 1 barang dalam 1 iklan.

Hanya 1 produk atau 1 servis sahaja dalam 1 iklan. Ini larangan keras daripada Mudah.my.

7) Iklan sama lebih 1 kali. Boleh atau tidak?

Kita tidak boleh letakkan iklan yang sama lebih daripada 1 kali (duplicate ads).

Jika mahu, buang iklan yang lama.

Letak iklan yang sama menggunakan nama atau email yang berbeza juga tidak dibenarkan.

8) Ada link laman web yang Mudah.my tidak benarkan.

Kita hanya boleh letak link laman web yang relevan dengan produk yang kita jual sahaja.

Mudah.my tidak membenarkan kita meletakkan link laman web auction, classified atau marketplace yang lain.

9) Gambar logo syarikat hanya untuk 3 kategori ini sahaja.

Gambar sangat penting apabila kita mahu beriklan di Mudah.my.

Logo syarikat tidak boleh digunakan kecuali pada tiga kategori berikut:

1) Services.

2) Jobs.

3) Businesses for Sale.

NOTA: Ada 13 pantang larang apabila meletakkan gambar iklan di Mudah.my. Bahagian ini nanti saya terangkan dalam artikel satu lagi.

10) Produk mesti 100% original.

Produk atau servis yang kita jual mesti original dan tulen. Barang-barang cetak rompak, palsu dan sebagainya tidak boleh diiklankan dalam Mudah.my.

Ini termasuk beg berjenama, CD, software yang palsu atau cetak rompak. Untuk memudahkan pihak Mudah.my, lampirkan dokumen penting yang menjelaskan produk kita tulen.

11) Letak harga sebenar. Harga lelong dan bidaan tidak boleh.

Letak harga sebenar produk atau servis yang kita iklankan di Mudah.my.

Mereka berhak untuk buang iklan kita jika kita tidak berbuat demikian, atau harga yang ditawarkan tidak masuk akal.

Mudah.my juga tidak membenarkan pembelian konsep lelong atau bidaan (bidding).

11 Peraturan utama yang dapat bantu anda mulakan kempen iklan di Mudah.my.

Apa yang saya kongsikan ini adalah sebahagian besar daripada peraturan iklan yang ditetapkan oleh Mudah.my.

Di masa akan datang, saya akan kongsi lebih banyak. Khususnya bab pemilihan gambar yang mereka benarkan.

Buat masa ini, cukup 11 peraturan utama yang dapat membantu bisnes anda untuk mulakan kempen marketing menggunakan laman web Mudah.my.

Mahu DVD panduan marketing Mudah.my dengan tawaran yang tak masuk akal? (90 hari money back guarantee.).

Cover DVD Mudah dot my Umar Taib

Macam saya cakap awal-awal tadi…

Sahabat bisnes saya, Tuan Umar Taib baru sahaja lancarkan panduan untuk buat marketing dari 0 sampai dapat ramai pelanggan, hanya menggunakan channel Mudah.my.

Klik sini untuk dapatkan maklumat lanjut (Tawaran DVD ini akan tutup tak lama lagi).

PS: Jika dalam masa 90 hari anda tidak dapat sebarang jualan selepas mengamalkan apa yang dikongsikan daripada Tuan Umar Taib dalam DVD ini, maka anda boleh dapat 100% refund.

Klik sini untuk dapatkan maklumat lanjut (Tawaran DVD ini akan tutup tak lama lagi).

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *