Elak 3 perkara ini jika mahu jual bisnes pada harga tinggi.

Seni menjual bisnes

Debbie Allen, speaker motivasi ini sudah banyak kali hadapi kegagalan. Beliau sudah ada 6 pengalaman jual bisnes satu masa dahulu.

Setiap hari ramai pemilik bisnes kecil silap langkah, tambah beliau. Ramai tidak rangka strategi yang betul sebelum bertindak jual bisnes mereka.

Kesannya, mereka banyak tanggung rugi daripada untung.

Debbie beri 3 tip ini supaya kita dapat elak rugi besar jika jual bisnes.

1 – Gagal buat pelan tindakan.

Peluang cerah jual bisnes pada harga tinggi bakal gagal, jika tiada pelan tindakan yang bagus.

Dengan merekod prestasi jualan bisnes secara terperinci, serta sediakan portfolio jualan, ia bakal bantu jual bisnes pada harga yang baik.

Tidak perlu tunggu terlalu lama dan tidak buat pelan tindakan jual bisnes kita.

Takut kita terlepas peluang keemasan jual bisnes pada harga tinggi.

2 – Tidak elok abaikan bantuan broker bertauliah.

Guna servis broker yang bagus berkesan jimatkan masa dan wang.

Kita boleh elak daripada guna broker yang tidak berpengalaman. Tapis kebolehan broker semasa sesi temuduga dan ambil masa lihat kebolehan, pengalaman serta
portfolio mereka.

Debbie belajar perkara ini daripada pengalamannya sendiri. Dahulu, beliau tangkap muat sahaja. Selepas belajar daripada kesilapan, beliau temuduga 12
broker selepas belajar daripada kesilapan dahulu.

3 – Buang mindset ‘biar broker buat semua’.

Minda ini bakal rosakkan kemungkinan bisnes kita dijual dengan harga tinggi. Ia tindakan yang boleh bunuh bisnes kita.

Tiada siapa yang kenal dan faham bisnes kita, selain daripada kita.

Jalankan aktiviti pemasaran dan buat kerjasama bersama broker yang kita pilih. Debbie cadangkan, buat sesi perjumpaan bersama broker dan bincang strategi jualan yang berkesan dengan mereka.

Asas jual bisnes dikupas 100% dalam ebook ini.

Berdasarkan pengalaman sebenar. Bisnes berjaya dijual dengan harga RM 30,000 –
dalam masa kurang 12 bulan.

Klik dan download sekarang –>
http://www.writetowealth.my/trading/jualbisnes/

P/S: PERCUMA. Bonus ebook dalam satu harga.

One Response
  1. ikhwan December 10, 2014 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *