1 Prinsip perniagaan yang kita selalu lupa.. Dan berakhir dengan seksa.

4 Formula native ads

Antara tip bisnes cara Abdul Rahman bin Auf yang dikongsikan oleh penulis Aizuddinur Zakaria adalah biar untung sedikit, asal berkat membukit.

Kenyataan ini diolah berdasarkan tulisan penulis asal karya Rahsia Jutawan Islam. Sekiranya ada yang bertanya tentang rahsia perniagaan Abdul Rahman bin Auf, maka jawapannya adalah,

“Aku tidak menjual barangan cacat, aku merasa cukup dengan untung yang sedikit kerana aku tahu Allah memberkati.”

Tiga jenis fokus bisnes.

Sebagai seorang peniaga, kita boleh memilih di antara tiga jenis fokus iaitu:

  1. Fokus untung besar.
  2. Fokus berkatnya besar.
  3. Fokus untung dan berkatnya besar.

Harta dan keberkatan ini boleh dirasai oleh peniaga setiap kali transaksi berlaku.

Kisah lagenda peniaga Islam di Madinah.

Selain lagi kisah popular tentang Abdul Rahman bin Auf adalah kisah cerita keju dan minyak.

Kisah ini berlaku di Madinah.

Apabila Abdul Rahman bin Auf tiba di Madinah, beliau dipersaudarakan dengan Saad bin Rabi.

Saad bin Rabi merupakan seorang hartawan daripada golongan Ansar. Beliau sangat menyayangi saudara dan golongan Muhajirin.

Itu yang menyebabkan beliau menawarkan sesuatu yang amat bernilai kepada Abdul Rahman bin Auf.

Katanya,

“Saudara , ketahui yang saya adalah seorang Ansar yang banyak harta, dan sekiranya saudara sudi, ambil separuh kekayaan saya.

Saya juga mempunyai dua orang isteri dan sekiranya saudara sudi, saya sedia menceraikan seorang daripada mereka supaya saudara dapat mengahwininya.”

“Tunjukkan aku jalan menuju ke pasar.”

Apakah respon Abdul Rahman bin Auf terhadap tawaran sahabatnya?

Lantas beliau pun beritahu,

“Saudaraku, semoga Allah akan memberi berkat kepada keluarga dan harta benda saudara.

Jangan difikirkan tentang diri saya ini.

Yang penting bagi saya, saudara sudi menunjukkan saya jalan menuju ke pasar.”

Menurut penulis Aizuddinur Zakaria, Abdul Rahman bin Auf bermula dengan menjual keju dan minyak di pasar kerana itu sahaja yang ada di tangannya ketika berhijrah ke Madinah.

1 Prinsip perniagaan yang kita selalu lupa.. Dan berakhir dengan seksa.

Dalam perkongsian cerita kedua, kita boleh dapat satu prinsip asas perniagaan yang sering dilupakan.

Kaedah ini hanya tidak menggunakan modal, dan mempunyai kos risiko yang sangat kecil.

Prinsip yang saya maksudkan adalah,

“Mulakan apa yang ada dalam tangan kita.”

Lihat persekitaran kita. Kiri kanan atas bawah depan belakang. Pasti ada sesuatu produk atau servis yang boleh dijadikan sebagai modal awal untuk memulakan perniagaan.

Baru berniaga dan mahu berjaya cepat? Ini set DVD lengkap yang boleh membantu anda.

Memulakan bisnes memang satu perkara yang mencabar.

Namun cabaran ini dapat dilalui dengan mudah apabila kita mempunyai…

“Mentor.”

Kawan saya, Haryzat Zulzahary baru sahaja menyiapkan pakej ilmu bisnes startup khas untuk anda.

Beliau kata,

“Ilmu dalam panduan ini yang membantu bisnesnya berkembang dari puluh ribu ringgit setahun, kepada jutaan ringgit setahun.”

DVD ini bukan untuk usahawan yang pemalas.

Hanya untuk usahawan yang rajin berusaha dan bersedia untuk berguru.

Seni Bisnes Startup

Klik sini jika anda mahu lihat maklumat DVD Bisnes Startup.

PS: Saya berani rekemen DVD ini kerana Tuan Haryzat merupakan kenalan saya sejak 5 tahun lepas. Malah, beliau juga adalah 3 orang terawal yang membantu saya memahami potensi dunia penulisan iklan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *