Dua rahsia Warren Buffett yang beliau kongsi hanya kepada 165 orang sahaja. Luar biasa.

Warren Buffett

Warren Buffett adalah individu yang cukup dikenali sebagai pelabur hebat era ini.

Ketika beliau berdiri di hadapan 165 pelajar di Columbia University, salah seorang daripada pelajar angkat tangan dan bertanya satu soalan,

“Apakah cara terbaik untuk bersiap sedia sebelum melabur?”

Sebelum Warren Buffet memberikan jawapan, beliau berfikir sejenak.

500 halaman muka surat.

Kemudian beliau keluarkan kertas yang mengandungi laporan pelaburan. Lalu berkata,

“Baca 500 halaman muka surat seperti apa yang saya pegang ini. Setiap hari. Begitulah ilmu berfungsi. Proses belajar kita seperti ‘compound interest’, semakin lama belajar, kita kita faham tentang sesuatu.”

Tidak berhenti di situ, lagenda pelabur yang mengandungi aset bilion dolar ini menambah,

“Kamu semua boleh buat apa yang saya buat. Tetapi saya jamin, kebanyakan kamu tidak akan berani buat.”

Dua aktiviti penting manusia kaya harta, kaya ilmu.

Beliau menjelaskan,

“80% daripada masa bekerja saya melibatkan dua aktiviti ini: Membaca dan berfikir.”

Bagaimana membaca 30 buku dalam masa 365 hari.

Bagaimana membaca 30 buku kurang 1 tahun?

James Clear, salah seorang penulis blog berkaitan dengan kreativiti dan produktiviti berkongsi bagaimana beliau boleh baca 30 buku, dalam masa kurang 1 tahun.

  1. Baca 20 halaman buku sehari.
  2. Konsisten lakukan setiap hari.
  3. Mula-mula kita akan rasa banyak, tetapi lama kelamaan kita terbiasa.
  4. Apabila sudah terbiasa, tingkatkan jumlah halaman yang perlu dibaca setiap hari.

Bagaimana dapat 30 pelanggan konsisten setiap bulan?

Download ebook “3 Formula Marketing” sekarang.

Ia mengandungi formula marketing amalan 19,200 cawangan bisnes seluruh dunia.

Download di sini –>> http://www.writetowealth.my/3formula/hop.php?ref=wtw

2 Comments
  1. Kamarul Bahareen July 13, 2014 Reply
  2. JuanJutawan July 13, 2014 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *