8 Tip bisnes daripada bekas penjual pensel. Sekarang syarikat fesyennya bernilai bilion dolar.

8 Rahsia bisnes Daymond John (Shark Tank)

Anda yang suka rancangan realiti ‘Shark Tank’, pasti akan suka baca ini.

Kejayaan. Wajar dikatakan, ia adalah impian setiap insan.

Sudah pasti rasanya tidak manis tanpa sebarang halangan yang menimpa. Ia adalah hakikat yang difahami oleh setiap mereka yang sudah berjaya.

Daymond John juga antara yang tidak terkecuali. Rancangan realiti ‘Shark Tank’ telah meningkatkan minat orang ramai untuk mengenali individu ini.

FUBU (For Us By Us) merupakan tapak bermulanya perjalanan John sebagai usahawan.

Penceburannya dalam industri pakaian Hip Hop tidak bermula dengan indah. Beliau sendiri bermula dengan menjahit bajunya sendiri.

Kini, John telah diberikan anugerah berprestij oleh Presiden Barack Obama sendiri, iaitu

“Global Ambassador of Entrepreneurship.”

8 soalan kepada Daymond John.

Penulis laman web Money CNN, Octavio Blanco telah mengajukan 8 soalan kepada John. Jawapan beliau berikan sesuai dijadikan inspirasi yang beri manfaat. Perbualan ini disediakan dalam bentuk poin bagi memudahkan bacaan kita semua.

Mari ikuti perbualan mereka:

­­­

Soalan #1 ­- Boleh kongsikan bagaimana kehidupan anda, membesar sehingga kini?

­­­

Jawapan:

1) Saya membesar di kawasan kelompok bergaji kecil (lower­middle class) di bandar New York, Hollis Queens.

2) Saya sering diberitahu oleh ibu dan bapa bahawa saya mesti kerja keras untuk capai impian saya dalam hidup.

3) Ibu dan bapa saya bercerai ketika saya berumur 10 tahun. Secara automatik, saya ‘terpaksa’ menjadi ketua keluarga akibat perpisahan kedua ibu dan bapa saya.

4) Sejak berumur 6 tahun, saya sudah mula bekerja. Antara kerja yang saya lakukan adalah menjual pensel di sekolah, membersihkan salji di kawasan rumah orang lain dan lain-­lain kerja, selagi ia beri duit kepada saya.

5) Tidak lama selepas itu, muncul satu pendekatan muzik yang amat menarik perhatian saya. Ia dikenali sebagai Hip Hop. Ketika ini, ramai nama terkemuka seperti LL Cool J,Run DMC, Russel Simmons dan lain­lain buat banyak duit melalui industri ini.

6) Idea ini berjaya menarik perhatian dan minat saya. Dari sini, saya mula tanam niatuntuk ceburi industri ini secara mendalam.

­­­

Soalan #2 – Apakah cabaran utama yang anda hadapi dan bagaimana anda menyelesaikannya?

­­­

1) Sewaktu pembabitan awal dalam dunia Hip Hop, kami mula menggayakan pakaian yang menggambarkan budaya ini. Kasut but dan jersi saiz besar menjadi sinonim dengan Hip Hop.

2) Namun, tidak semua pereka (designers) fesyen sokong kepada perkara ini. Jenama Timberland pernah menyatakan yang mereka ‘tidak jual kasut mereka kepada pengedar dadah’.

3) Tuduhan ini membakar semangat saya, yang waktu itu bekerja sebagai pelayan direstoran bernama Red Lobster. Saya mengajak beberapa rakan saya dan kami memulakan langkah pertama dalam dunia keusahawanan.

4) Kami mahu sampaikan mesej bahawa kami bangga dengan identiti Hip Hop. Nama FUBU, “For Us By Us” menjadi nama pilihan syarikat kami. Perjuangan kami berkait rapat dengan identiti budaya Hip Hop itu sendiri, bukannya atas dasar beza warna kulit.

5) Mahu tahu siapa yang awal menggayakan jenama kami? Orang Jepun dan mereka yang tinggal di Seattle. Mereka yang tidak tergolong secara langsung kepada budaya Hip Hop, namun meminatinya. Perkara ini adalah satu penghormatan kepada jenama ini.

6) FUBU kerap buat pemasaran menggunakan video. Kami berikan model dan artis terkenal sebanyak 10 pakaian dan ia akan digayakan berulang­kali. Sehingga FUBU dikenali sebagai jenama gergasi yang hanya mempunyai 10 helai pakaian sahaja, agah John.

7) Antara cabaran yang saya hadapi? (John jelaskan perkara ini dalam bentuk soalan).

a]Berapa keuntungan yang perlu dibahagikan antara kami?

b] Buat pinjaman bank atau dapatkan pelabur?

c] Bagaimana saya mahu tingkatkan perniagaan ini ke tahap seterusnya?

d] Bagaimana uruskan hal rakan niaga secara efisyen?

e] Bagaimana saya mencari modal permulaan?

­­­

Soalan #3 ­- Anda rasa anda perlu lebih bekerja keras berbanding rakan niaga yang lain?

­­­

1) Saya tidak pernah menganggap kisah kejayaan saya lebih bagus daripada orang lain. Ramai rakan­rakan saya yang sudah berjaya bermula daripada bawah, sama seperti saya.

2) Sesiapa sahaja yang bekerja keras seperti saya, atau lebih baik dari saya, pasti akan menemui kejayaan. Saya tidak pernah jadikan duit sebagai pengukur kejayaan.

3) Ia terpulang kepada pandangan setiap individu. Selagi anda rasa gembira dan anda rasa sudah buat sesuatu bagi menjadikan dunia ini lebih baik, bukankah itu juga satu kejayaan? Duit bukanlah segala­galanya. Namun, ada perkara yang perlukan duit.

­­­

Soalan #4 -­ Apakah pencapaian yang anda boleh banggakan sepanjang tempoh menguruskan FUBU?

­­­

1) Ada banyak. Antaranya:

a] Mendapatkan Bruce dan Norman Weisfeld sebagai rakan kongsi. Norman merupakan presiden kepada syarikat Samsung (divisi tekstil) sebelum itu. Beliau setuju jadi rakan kongsi tanpa banyak soal, atas dasar kepercayaannya kepada saya.

b] Dipilih menjadi antara pengacara program realiti televisyen popular, Shark Tank.

c] Dipanggil White House dan dianugerahkan sebagai presiden ‘My Brother’s Keeper’, sebuah organisasi inisiatif sebaris bersama John Legend dan Shaquille O’Neal.

d] Seminggu selepas itu, saya dipanggil sekali lagi ke White House untuk menerima anugerah ‘Ambassador of Global Entrepreneurship.’ Ini merupakan anugerah tertinggi yang pernah saya terima.

­­­

Soalan #5 ­- Siapakah yang bertanggungjawab membantu anda sehingga berjaya capai tahap ini?

­­­

1) Ibu saya. Beliau selalu berikan semangat kepada saya dan sentiasa menjadi contoh yang terbaik kepada diri saya. Ibu saya seorang yang amat rajin dan bekerja keras.

2) Ada satu ketika, beliau bekerja keras untuk menanggung tiket penerbangan saya ke Hawaii. Ia merupakan pengorbanan insan bernama ibu yang tidak akan saya lupakan.

3) Beliau sentiasa ajar saya supaya mengelilingi orang yang baik dan cerdik pandai.

­­­

Soalan #6 ­ Apakah satu perkara yang anda lakukan setiap hari, yang bantu anda capai impian anda?

­­­

1) Saya ulang baca impian saya tanpa gagal, setiap hari. Impian ini terdiri daripada aspek kesihatan, keluarga sehingga ke perkembangan karier saya.

2) Tempoh masa impian ini berlainan antara satu sama lain. Ada yang akan luput dalam masa sedekat 6 bulan. Ada pula yang akan luput dalam tempoh 10 tahun dan juga 20 tahun.

­­­

Soalan #7 ­- Apakah maksud kejayaan menurut pandangan anda? Adakah anda sudah mencapainya?

­­­

1) Pada pengamatan saya, kejayaan merupakan sebuah perkara yang kita mahu lakukan setiap hari dan bersama dengan orang yang menyokong perjuangan dan impian kita.

2) Ia juga bermaksud menentukan siapakah sebenarnya diri anda. Anda tidak perlu dapatkan pandangan orang lain untuk hal ini.

3) Saya lebih rela meninggalkan legasi berbanding harta kekayaan kepada anak­-anak saya. Saya juga sentiasa mengajar anak saya untuk memahami jumlah kasih sayang saya kepada mereka. Untuk mereka, saya sanggup berkorban apa sahaja.

­­­

Soalan #8 ­- Apakah tabiat yang anda perasan pada diri anda?

­­­

1) Oh, saya tidak pernah diajukan soalan ini. Tunggu sebenar. Saya akan tanya setiausaha saya (ketika ini, John keluar daripada bilik untuk tanya soalan ini kepada orang lain).

2) Seorang rakannya, Leslie menjawab:

“Anda selalu bawa orang yang tidak betul ke pejabat!”.

Sambil ketawa kecil, John berkata:

“Ya, Leslie merupakan orang yang pertama.”

PS: Apakah manfaat yang anda dapat daripada temubual ini? Anda boleh kongsikan pandangan anda di bahagian komen.

Skrip jualan yang anda boleh copy & paste di Facebook.

2 minggu lepas, saya ada hasilkan skrip jualan untuk klien.

Allah bagi rezeki. Skrip itu berkesan 200% kepada klien saya.

Tapi, saya tak puas hati.

Saya pun guna skrip itu untuk bisnes Write to Wealth.

Alhamdulillah.

Ia juga berkesan kepada bisnes Write to Wealth.

Anda mahu download dan guna skrip jualan ini untuk bisnes anda sendiri?

Silakan.

Risikonya? Saya tanggung 100%.

–>> Klik sini untuk download 4 Skrip Jualan khas untuk bisnes anda <<– 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *