3 Sifat pelik pemain tenis yang mempunyai pendapatan USD28 juta setahun.

Rahsia kejayaan Roger Federer

Apakah karakter pelik yang ada pada Roger Federer?

Kenapa beliau ini mempunyai ramai peminat tegar?

Berdasarkan perkongsian Naman Sharma di Quora,

1) Menginap di hotel tanpa berkira darjat.

Roger Federer menginap di hotel bersama rakan pasukannya bagi persiapan pertandingan tenis terkemuka.

Beliau dapati jurulatihnya dapat bilik standard double room. Manakala beliau pula duduk di suite mewah.

Apa yang beliau buat?

Beliau minta semua ahli pasukannya supaya memiliki keselesaan bilik yang sama sepertinya, iaitu suite mewah.

Apabila diberitahu bahawa suite mewah tidak ada kekosongan, Roger Federer buat keputusan untuk downgrade kepada bilik biasa.

2) Kalah dan meraikan pesaing.

Roger Federer pernah tewas kepada Novak Djokovic di perlawanan separuh akhir Australian Open pada tahun 2008.

Ketika itu, beliau dijangkiti demam mononucleosis.

Namun Roger Federer beritahu kepada media,

“Novak Djokovic menang kerana beliau berhak menang di atas usahanya. Bukan kerana saya tidak sihat. Kami berdua sudah lakukan aksi yang terbaik.”

Beliau tidak mengambil kesempatan atau alasan walaupun tewas pada pertandingan yang penting.

3) Merendah diri dan tidak bermewah-mewah.

Rick Reilly pernah menulis tentang personaliti Roger Federer pada tahun 2007.

Roger Federer adalah orang yang bersifat merendah diri dan tidak bermewah-mewah.

Malah setiap kali menang dalam pertandingan tenis, beliau sering menyatakan,

“Kemenangan ini hanya sekadar tuah yang menyebelahi saya.”

Roger Federer juga:

  • Pergi ke restoran dan beratur dalam barisan sama seperti orang lain. Walaupun beliau sentiasa diberi keutamaan.
  • Beliau tidak mempunyai tatu. Seorang yang sangat periang dan pandai bergurau senda.
  • Teman wanitanya adalah orang biasa-biasa.
  • Beliau tidak mempunyai jet peribadi walaupun berkemampuan.
  • Pendapatannya dalam arena suka adalah USD28 juta setahun.
  • Beliau tidak memiliki rumah agam yang mewah. Cuma duduk di rumah biasa.

“Saya tidak mahu hidup berlebih-lebihan. Saya tidak perlukan rumah yang besar. Cukup sekadar selesa apabila mahu tidur,” kata Roger Federer.

Kita juga boleh minta tandangan beliau dengan pos di alamat di rumah ibu bapanya. Dalam masa sebulan, kita akan dapat gambar beserta tandatangan Roger Federer.

“Siapa yang sanggup tunggu 2 tahun untuk dapatkan gambar dan tandatangan idola? Saya tidak sanggup. Jadi saya faham perasaan orang lain.”

Ini adalah ungkapan Roger Federer berkenaan hal impian orang lain untuk dapatkan tandatangan daripadanya.

Walaupun sudah memenangi Grand Slam sebanyak 10 kali, Roger Federer juga sentiasa kemas peralatan sukan sendiri sebaik sahaja tamat berlatih. Ini adalah perbuatan yang jarang dilakukan oleh majoriti permainan bertaraf antarabangsa.

Kadang-kadang, beliau menganjurkan parti pizza kepada orang yang kutip bola tenis semasa pertandingan. Bukan itu sahaja, beliau turut hadir untuk memeriahkan parti itu.

5 Comments
  1. Fendi Ihsan December 21, 2014 Reply
  2. Nurul Luvleey December 21, 2014 Reply
  3. Ikhwan Fahmi January 13, 2015 Reply
  4. Amir February 20, 2015 Reply
  5. Lily May 16, 2015 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *