Rahsia manusia berjaya dalam perniagaan

Dr. Azizan dalam temubual beliau bersama tim Majalah Niaga memberikan input yang menarik tentang ciri untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Dr Azizan - Rahsia berjaya dalam bisnes

Ciri yang beliau kongsikan itu tidak ada kaitan langsung dengan:

  1. Pemasaran.
  2. Keusahawanan.
  3. Dan apa sahaja yang berkait rapat dengan bisnes.

Rahsia orang berjaya dalam bisnes

Beliau menyatakan bahawa,

“Untuk menjadi usahawan berjaya, ia tidak terletak pada potensi bisnes. Ia bergantung pada sikap (attitude) seseorang itu.”

Dr. Azizan menjelaskan, sikap seseorang itu akan menentukan sama ada kejayaan bisnes berada dalam tangannya, atau sebaliknya.

Malah, sikap juga yang membantu seseorang itu mencapai status jutawan, multi-jutawan dan peringkat-peringkat seterusnya.

Sikap = Attitude

Beliau juga menambah,

“Apabila kita mempunyai sikap yang bagus, semua yang kita buat mudah untuk berjaya.”

Terdapat sebuah kisah yang Dr. Azizan kongsikan mengenai kuasa sikap yang positif. Iaitu cerita tentang seorang lelaki yang tinggal di India.

Kisah lelaki di India

Di tempatnya, lelaki itu melihat tidak ada satu tandas pun yang bersih. Semuanya kotor dan jauh.

Lalu lelaki itu buat keputusan untuk menyelesaikan masalah tandas yang kotor.

Idea beliau untuk mempunyai tandas yang bersih dan mudah itu diejek dan dikutuk-kutuk. Malah tidak dipersetujui oleh organisasi yang besar di negara itu.

Dalam masa sama, sikap beliau tidak mudah menyerah kalah.

Beliau sendiri laburkan modal, masa dan tenaga untuk menghasilkan 100 unit tandas.

Dari 100 unit, kini jutaan unit

Selepas beberapa tahun dan berubah pentadbiran, idea beliau dirujuk semula dan akhirnya:

  1. Lelaki itu mempunyai kilang untuk menghasilkan lebih banyak unit tandas.
  2. Memperoleh bantuan dari sudut kewangan dan kenalan, untuk perbesarkan projeknya yang sedia ada.

Rahsia beliau adalah: Sikap.

“Sikap yang menentukan sama ada kita boleh mencipta kejayaan atau menjemput kegagalan.”

Bagaimana bisnes startup naikkan sales 3x ganda?

Mereka gunakan 3 sistem marketing.

Amalan 19,200 cawangan bisnes.

Download ebook anda di sini –>> http://www.writetowealth.my/3formula/hop.php?ref=wtw

4 Comments
  1. Fuzaimy Felany June 14, 2014 Reply
  2. Rosmi Zamzuri July 3, 2014 Reply
  3. Illiyin Ahmad July 4, 2014 Reply
    • Aqif Azizan July 5, 2014 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *