Jualan RM500 juta setahun. Sekarang, beliau bongkarkan 14 rahsia bisnes yang terpendam.

Dato Hussammudin Karangkraf

(Kredit gambar: Firdaus Yasin – Facebook)

Dato’ Hussamuddin Yaacub.

Beliau adalah pengasas syarikat Karangkraf. Iaitu syarikat yang fokus pada beberapa industri seperti penerbitan, percetakan dan pelbagai lagi.

Dalam seminar 5 modal bisnes, beliau berkongsi 14 rahsia bisnes kepada 200 peserta

Rahsia ini mungkin membantu beliau untuk membina perniagaan yang jualannya mencecah RM500 juta setahun.

Hebat. Luar biasa.

1) Jalan pintas itu jalan sesat.

Dalam bisnes, tidak ada jalan pintas. Yang ada, kerja keras dan bertindak pantas.

2) Ibu bapa yang membentuk karakter bisnes anak.

Ibu dan bapa yang bertanggungjawab membina karakter anak sebagai seorang usahawan. Pensyarah dan orang lain hanya memberikan ilmu.

3) Islam adalah panduan orang bisnes.

Islam membentuk seseorang supaya mempunyai nilai dan karakter diri yang luar biasa.

4) Kalau lambat buat, pasti lambat dapat.

Ibu saya mengajar sejak kecil – Apabila buat kerja, buat cepat-cepat.

5) Biasakan diri untuk berdisiplin.

Jangan sekadar follow up. Tetapi follow through. Baru berhasil.

6) Al-Quran sentiasa sedia membantu.

Hidup kita lebih indah dan berjaya apabila mengikut ilmu dalam kitab Al-Quran.

7) Berkuli untuk bisnes sendiri.

Semasa mula-mula berniaga, saya buat semua sendiri. Itu adalah makna disebalik Usaha”one”. Belajar berdikari terlebih dahulu.

8) Rahsia Karangkraf ramai pelanggan.

Biar bos yang layan pelanggan. Pelanggan akan ingat dan suka sampai bila-bila.

9) Pekerja bukan hamba abdi.

Jangan ambil pekerja untuk dijadikan kulit batak.

10) Biar pekerja faham tugas sebenar mereka.

Bahagikan skop kerja dengan jelas kepada para pekerja.

11) Lihat kebaikan, tutup keburukan.

Lihat kebaikan orang lain, upgrade kebaikan itu. Kemudian tutup mata supaya tidak melihat kelemahan.

12) Lahirkan pemimpin dalam organisasi.

Buat bisnes dan bangunkan pemimpin. Jika seorang pemimpin dalam organisasi mampu hasilkan RM5 juta setahun, bagaimana jika kita ada 10 pemimpin?

13) Memimpin dengan menjadi contoh terbaik.

Membina pemimpin adalah menerusi contoh-contoh akhlak.

14) Niat itu mesti, hasil itu pasti.

Niat adalah permulaan, hasil adalah pengakhiran.

Mahu belajar LIVE secara online bagaimana hasilkan iklan FB Ads yang betul dan berkesan?

Bagaimana lebih 20+ usahawan gunakan ilmu dalam video training online ini untuk hasilkan iklan yang berjaya jana sales lebih RM50,000 sebulan?

>> KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD VIDEO ADS VAULT – BELAJAR ILMU HASILKAN IKLAN YANG MAMPU NAIKKAN SALES 6 ANGKA SEBULAN <<

11 Comments
  1. Master Zuheir July 13, 2014 Reply
  2. Faris Azaki July 13, 2014 Reply
  3. Mohd Shahir Sulaiman July 13, 2014 Reply
  4. Shahkhairul Nizam July 14, 2014 Reply
  5. Mohd Zakwan July 14, 2014 Reply
  6. aida aidaq July 31, 2014 Reply
  7. Suhaimi Ismail March 18, 2015 Reply
  8. pekerja sinar harian March 18, 2015 Reply
  9. Nik Thoha March 18, 2015 Reply
  10. Selamat March 18, 2015 Reply
  11. Dzulfaqar Hashim March 19, 2015 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *