Siri Content Marketing – Kempen Pemasaran Mesra-Pelanggan

Siri Content Marketing - Write to Wealth

Content marketing adalah pendekatan dan strategi yang segar dalam bisnes. Antara pengamal terawal yang menggunakan pendekatan content marketing adalah Seth Godin.

Content marketing adalah strategi pemasaran yang menggunakan pendekatan mesra-pelanggan. Zaman sekarang adalah zaman pembeli bijak.

Pembeli kini mempunyai ribuan akses maklumat, bagi mengenal pasti produk atau servis yang bersesuaian dengan diri mereka.

Content Marketing vs Massive Advertising

Antara pasaran yang sedia popular adalah produk kecantikan dan kesihatan.

Sebelum content marketing, pendekatan yang biasa digunakan oleh pemilik bisnes adalah massive advertising.

Pendekatan massive advertising adalah pendekatan iklan yang melampau-lampau sehingga mengganggu orang lain.

Contoh Massive Advertising

Pendekatan ini adalah pendekatan yang sukar untuk dapatkan perhatian. Contohnya, iklan di televisyen sudah mula dihiraukan. Keadaan ini berlaku kerana:

  • Pelanggan sudah boleh menjangka apakah yang akan dipaparkan, sekiranya rancangan dalam televisyen itu berhenti seketika – Akan munculnya iklan-iklan.
  • Kebanyakan iklan bersifat peluru tabur. Yakni mesejnya tidak kena pada keperluan dan kemahuan pelanggan.

Rangka Asas Content Marketing

Bagaimana content marketing menjadi satu senjata pemasaran yang segar? Rangka asas content marketing adalah:

  1. Kita senaraikan soalan yang bermain dalam fikiran pelanggan atau pasaran.
  2. Kita berikan jawapan dalam bentuk info.
  3. Tujuan perkongsian jawapan secara percuma adalah untuk mewujudkan: Kepercayaan, keyakinan, dan kredibiliti.
  4. Apabila pelanggan sudah percaya, maka langkah kita seterusnya adalah mendorong mereka untuk memahami bagaimana produk kita boleh dijadikan sebagai penghubung untuk menyelesaikan masalah secara total.
  5. Kita beritahu cara bagaimana pelanggan boleh memberikan duit untuk membeli produk atau servis.

Menghasilkan Pemasaran Mesra-Pelanggan

Apabila melakukan pemasaran, gol atau matlamat kita adalah menarik memperoleh perhatian pelanggan.

Zaman sekarang, pelanggan sudah bijak. Mereka boleh menilai bisnes kita dalam masa kurang 10 saat.

Dengan content marketing, kita melaksanakan strategi pemasaran mesra-pelanggan. Setiap kempen iklan dan pemasaran, tidak akan menyebabkan pelanggan rasa terganggu.

Daftar Bengkel Content Marketing Mastery

Bengkel Content Marketing Mastery adalah bengkel yang membantu pemilik bisnes, jurujual dan bakal usahawan, untuk menguasai teknik pemasaran mesra-pelanggan.

Apabila mengamalkan content marketing secara konsisten, bisnes kita berpotensi untuk:

  • Meningkatkan jualan ekstra sehingga USD5 juta (RM15 juta). Seperti mana Bryan Clark melakukannya.
  • Mempunyai data pelanggan yang besar, bagi tujuan buat duit berkali-kali.
  • Menghasilkan kepercayaan, keyakinan dan kredibiliti dalam masa yang singkat.

Maklumat lanjut dan cara daftar ke Bengkel Content Marketing Mastery ada di dalam laman web di bawah:

—>> Sila Klik Di Sini <<—
(Bengkel Content Marketing Mastery)

 

One Response
  1. Mohd Shubhi August 28, 2013 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *