Apple mempunyai $200 bilion ‘cash’. Cara pertama mereka berbelanja memang bijak. Serius.

Bagaimana Apple belanja duit $200 bilion

Ungkapan ini kerap digunakan oleh ramai orang bisnes:

‘Cash is king’.

Ada yang setuju. Tidak kurang juga, ada yang menyangkal kebenaran ayat ini.

Syarikat Apple mempunyai lebih banyak jumlah tunai berbanding syarikat lain di pasaran.

Malangnya, ia masih gagal buat mereka di Wall Street kagum dengan pencapaian ini.

Saya kreditkan semula kepada Seth Fiegerman menulis maklumat ini di laman web Mashable.

­­­

Jadi, adakah benar ‘cash is king’?

­­­

Saham syarikat Apple jatuh menjunam sebanyak 10%, minggu lalu.

Ini jelas bertentangan dengan jangkaan mereka, yang optimis berkenaan peningkatan dari segi keuntungan sekitar bulan Jun.

Akibat penurunan saham ini, Apple buat jangkaan bahawa prestasi akan jadi lebih buruk pada bulan akan datang.

Mereka turut kongsikan beberapa maklumat, seperti:

a) Prestasi jualan iPhone yang semakin menurun.

b) Perkembangan pasaran di China meningkat sebanyak 2 kali ganda.

c) Prestasi jualan Apple Watch (masih dirahsiakan).

Syarikat teknologi gergasi ini berjumlah lebih $200 bilion dalam bentuk tunai dan ‘marketable security’. Ia berdasarkan kemas kini informasi terbaru yang dilaporkan minggu lalu.

Mereka juga menjadi syarikat teknologi pertama yang melepasi nilai $200 bilion.

­­­

2 Cara Apple belanja duit $200 bilion tunai.

­­­

Apple membelanjakan duit keuntungan itu dengan:

  1. Membeli saham syarikat sendiri.
  2. Melabur di pasaran lain seperti ‘smartwatch’ dan kereta eletrik.

Namun, jumlah tunai ini dilihat mempunyai pelbagai risiko.

Contohnya? Kemungkinan Apple diserang oleh aktivis pemegang saham, seperti Carl Icahan dan David Einhorn adalah tinggi.

Carl dan David melancarkan kempen sekitar tahun lepas. Ia sebagai usaha memaksa Apple mengurangkan jumlah tunai yang ada pada genggaman mereka.

Serangan ini menyebabkan kejatuhan nilai saham yang teruk, yang sedang beransur pulih baru-­baru ini.

Antara risiko lain seperti Apple tidak pernah membayar cukai kepada kerajaan Amerika Syarikat, disebabkan kebanyakan duit mereka berada di luar negara.

Menurut laporan, Apple mempunyai anggaran tunai di luar negara sebanyak $158 bilion pada tahun sebelumnya.

Sebelum ini, Apple menjangkakan peningkatan dari sudut keuntungan pada suku terakhir tahun 2015. Sebanyak $49 hingga $51 bilion telah dijangkakan sebagai jumlah keuntungan yang bakal mereka perolehi.

Sejumlah pakar analisis juga turut setuju dengan jangkaan ini.

­­­

Sedikit laporan tentang situasi Apple di China.

­­­

Kejatuhan teruk saham Apple di China baru-­baru ini menimbulkan pelbagai soalan tentang perkembangan syarikat ini di sana.

Tim Cook, Ketua Eksekutif Apple mengulas, situasi ini ada kemungkinan ‘beri kesan kepada kadar pembesaran syarikat ini di masa hadapan’.

Tim turut menambah, ia juga adalah isu yang sengaja diperbesarkan.

“Kami amat yakin dengan pasaran di China, dan kami akan terus melabur di sini. Kami percaya China akan menjadi hub utama pasaran Apple di masa hadapan,” jelas Cook.

Mereka masih berpegang teguh kepada kepercayaan mereka ini.

Kunci utama pendapatan Apple adalah di Tanah Besar China, yang menghasilkan keuntungan sekitar lebih $13.2 bilion. Ini disebabkan oleh populariti iPhone 6 Plus dari sudut saiznya yang lebih besar.

­­­

Kenapa jualan Apple Watch menjadi rahsia terbesar syarikat ini?

­­­

Apple masih enggan mendedahkan sebarang informasi tentang jualan produk terbarunya, Apple Watch.

Walaupun setelah diasak oleh para penganalisis pasaran dan pelabur.

Tim menjelaskan, jualan Apple Watch adalah tinggi berbanding produk utama lain, seperti iPhone dan iPad.

Soalannya, kenapa tidak dedahkan data ini jika jualan adalah sangat baik?

“Kami tidak mahu senang ­lenang berikan pesaing kami data ini. Sudah pasti mereka menunggu perkara ini,” ujar Luca Maestri, Ketua Pegawai Kewangan (CFO Apple).

Apple Watch tergolong bawah kategori “other product”, seperti Apple TV, iPod dan Beats Electronics. Segmen ini berkembang kepada $2.6 billion pada bulan Jun, di mana ia bernilai $1.69 bilion sebelum pelancaran Apple Watch di pasaran.

Boleh kita duduk sekali selama 7 hari, dan saya tunjukkan langkah demi langkah menulis ayat iklan yang berkesan untuk bisnes anda?

… Supaya anda dapat pilih pelanggan yang betul-betul mahu beli produk yang anda jual, dan faham bagaimana menulis ayat iklan yang berpengaruh serta sukar ditiru pesaing-pesaing bisnes anda.

KLIK SINI untuk maklumat lanjut tentang Kelas Copywriting That Converts.

One Response
  1. Fuzaimy Felany May 16, 2016 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *