13 Strategi bisnes Karangkraf yang buat saya cakap, “Wow!”

“Apabila kita melihat sesebuah bisnes yang berjaya, lihat kembali sejarah silam mereka. Dari situ, kita dapat kenal pasti apa yang mereka buat setiap hari, untuk mencapai kejayaan yang mereka impikan hari ini.”

13 Strategi bisnes Karangkraf

Karangkraf adalah salah sebuah syarikat kegemaran saya.

Pertama, kerana saya suka industri penerbitan.

Kedua, syarikat ini bermula daripada kecil. Membesar, membesar dan kini menjadi empayar dalam industri penerbitan di Malaysia.

Ketiga, saya suka personaliti pengasasnya iaitu Dato’ Hussamuddin. Peramah, tidak lokek ilmu dan sentiasa mencari jalan untuk membantu.

13 Strategi Karangkraf yang berjaya buatkan saya cakap “WOW”

Poin-poin yang saya kongsikan ini adalah catatan semasa talk Seminar Bisnes 2015 anjuran syarikat Jootawan.

Bagi yang tidak mengenali nama Tuan Syamil Fahim, beliau adalah COO (Chief Operation Officer) atau Ketua Pegawai Operasi untuk syarikat penerbitan terbesar di Malaysia iaitu Karangkraf.

1) Kekuatan bisnes Karangkraf terletak pada majalah.

2) Apabila mereka mahu masuk ke dalam sektor akhbar menggunakan jenama Sinar Harian, syarikat ini sedar bahawa mereka tidak boleh terus lawan jenama-jenama besar akhbar yang sudah lama bertapak di Malaysia.

3) Pendekatan Karangkraf untuk masuk ke dalam sektor akhbar sangat unik, spesifik dan kreatif. Mereka masuk ke dalam pasaran negeri. Iaitu menerbitkan akhbar untuk negeri Kelantan dan Terengganu.

4) Di Kelantan, topik utama yang menjadi kegemaran masyarakat adalah bola sepak. Lebih menarik, setiap negeri mempunyai topik kegemaran yang berbeza-beza.

5) Sinar Harian tidak terikat dengan konsep tipikal seperti akhbar-akhbar di Malaysia yang lain.

6) Laman web online berita Sinar Harian mempunyai 32 juta pageviews sebulan. Manakala 3.8 juta pelawat (unique visitors).

7) Antara pendekatan Sinar Harian gunakan untuk mendapat hati pembaca adalah menggunakan kereta mengelilingi kawasan. Di mana masyarakat di kawasan itu boleh tahan kereta dan kongsikan cerita menarik untuk diterbitkan dalam akhbar.

8) Untuk mencari bakat baru dan karya yang berpotensi untuk dijual tanpa keluarkan kos yang besar, Karangkraf menggunakan strategi crowdsource menerusi protal Ilham.

9) Salah satu kajian kes buku terbaik yang terhasil daripada strategi ini adalah buku yang berjudul Epidemik T. Ia terjual 10,000 naskah dalam masa 3 bulan. Ditulis oleh pelajar UNISEL berusia 19 tahun.

10) Majalah Pa & Ma wujud selepas mereka dapati satu lagi segmen penting iaitu ibu dan bapa. Sebelum ini mereka hanya menerbitkan majalah Dara & Remaja.

11) Ultimate Print merupakan cetak percetakan di bawah jenama Karangkraf. Ia menggunakan teknologi terkini yang mampu menjimatkan masa percetakan yang sebelum ini mengambil masa berminggu-minggu untuk siap.

12) My Karangkraf discount card adalah strategi marketing yang digunakan untuk dapatkan pelanggan. Pelanggan dapat diskaun 25%, manakala Karangkraf pula dapat data pelanggan untuk keuntungan jangka masa panjang.

13) Cara Karangkraf memotivasikan pekerjanya (khususnya bahagian penerbitan):

“Kamu akan mempengaruhi ramai orang di luar sana. Jadi, sentiasa berikan yang terbaik dan sentiasa berikan semua yang baik-baik.”

Karangkraf tidak terus jadi empayar. Mereka bermula dari kecil.

Pendekatan Karangkraf untuk menembusi media akhbar adalah pendekatan yang kita gelarkan sebagai “lean startup” pada hari ini.

Mereka bermula dari satu segmen yang kecil tetapi berpotensi. Iaitu menerbitkan akhbar yang mensasarkan berita untuk negeri sahaja.

Dari situ, jenama Sinar Harian mula berkembang. Apa yang lebih penting, ia mula mendapat hati masyarakat secara berperingkat.

Satu lagi pendekatan yang menarik adalah crowdsourcing. Untuk menjimatkan kos mencari penulis bakat yang mempunyai potensi dari sudut bisnes, mereka menggunakan portal Ilham untuk mengenal pasti golongan ini.

Anda suka belajar ilmu bisnes? Anda pasti suka ilmu ini.

Jika anda suka membaca 13 strategi ini, anda pasti suka dengan eksperimen iklan yang kami buat untuk gandakan sales bisnes.

Hasil daripada eksperimen ini, kami memperoleh lebih 70% pulangan dari sudut jualan produk.

Klik di sini untuk download ebook & baca eksperimen.

2 Comments
  1. Fadzrul June 3, 2015 Reply
  2. zaini August 20, 2015 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *